SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAF ZAHIR BATIN DARIPADA KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE

MUIP Hulur Bantuan Kepada Mangsa Bencana Di Bera !


BERA - Tiga keluarga yang ditimpa bencana sepanjang Ogos lalu mendapat perhatian Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) apabila menerima bantuan kewangan bernilai RM2,000 setiap keluarga. Aminah Awang Senik, 60 berkata, dia kerugian lebih RM300,000 berikutan rumahnya di Felda Sebertak hangus terbakar akhir bulan lalu namun reda dengan dugaan yang menimpa. Menurutnya, kemusnahan harta benda termasuk barang kemas dan tunai RM18,000 dalam kejadian itu terpaksa dilupakan kerana keselamatan anak dan dua cucunya lebih penting. “Memang makcik terkilan kerana tidak dapat selamatkan wang tunai, barang kemas dan dokumen penting tetapi makcik bersyukur kerana anak dan cucu selamat. “Rumah terbakar itu sudah dirobohkan dan sekarang dalam usaha membina rumah baru. Buat masa ini, makcik menyewa di kawasan berdekatan,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menerima Bantuan Bencana yang disampaikan Pegawai Penyelaras Masjid dan Surau, MUIP Bera, Hassim Omar. Seorang lagi penerima, Rosli Ahmad Tajri, 36 berkata, kejadian treler tanpa muatan merempuh rumahnya dekat Kampung Durian Tawar menyebabkan mereka kerugian lebih RM30,000 dan rumah tersebut tidak lagi boleh didiami. Katanya, buat masa sekarang, keluarganya menumpang rumah ibunya di kawasan berdekatan. “Syukur kerana isteri saya yang ketika itu berada dalam rumah semasa kejadian hanya mengalami kecederaan ringan sahaja. “Terima kasih Muip dan semua pihak yang sudi membantu,” katanya. Turut menerima bantuan tersebut, mangsa rumah yang dihempap pokok, Muhammad Zuhaidi Jamaludin, 23 di Kampung Jelam Seberang. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]