Pages

MUIP Kaji Tubuh Institusi Khas Kendali Agihan Zakat


KUANTAN - Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) sedang mengkaji untuk menubuhkan sebuah institusi khas yang bertanggungjawab mengendalikan urusan mengagihkan zakat di negeri itu. Yang Dipertua MUIP, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, pihak MUIP diberi tanggungjawab melakukan kajian mengenainya dan penubuhan institusi itu akan diputuskan selepas hasil kajian diperoleh. "Penubuhan institusi yang berperanan dalam hal-hal pengagihan zakat ini penting supaya urusan dapat dilakukan dengan cara lebih teratur dan lebih sistematik. "Dengan adanya institusi seperti ini kelak dapat mempertingkatkan tahap kecekapan dalam sistem penyampaian dan memaksimumkan tahap kepuasan pelanggan," titah Tengku Mahkota Pahang. Baginda bertitah demikian dalam sidang akhbar selepas Majlis Kesyukuran dan Penghargaan Pusat Kutipan Zakat (PKZ), di sini semalam. Yang turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Timbalan Yang Dipertua MUIP, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan. Dalam majlis itu, Tengku Abdullah berkenan menerima Sijil ISO 9001 dan Sijil MS 1900 yang disampaikan Presiden dan Ketua Eksekutif Sirim Berhad, Dr. Zainal Abidin Mohd Yusof. Baginda bertitah, penubuhan institusi itu sebagai satu langkah untuk meningkatkan sistem pengurusan zakat melibatkan pengagihan kepada golongan yang layak. "Sistem pembayaran zakat yang ada pada masa kini amat baik sehingga mencatatkan jumlah peningkatan pembayar zakat pada setiap tahun. "Oleh itu, kita juga memerlukan satu sistem pengagihan yang sistematik dan sempurna agar setiap agihan direkodkan dengan jelas. "Dalam masa sama, kita boleh melaporkan kepada pihak pembayar zakat mengenai agihan yang dilakukan MUIP kepada golongan asnaf terlibat. Dengan kata lain, setiap agihan akan menjadi lebih telus," titah Tengku Abdullah. Dalam pada itu, Tengku Abdullah menyifatkan pengiktirafan melalui Sijil Pengurusan Kualiti itu sebagai satu bukti bahawa PKZ mempunyai satu sistem yang baik dalam pengurusan kutipan zakat dan usaha itu perlu dicontohi oleh semua pihak.#sumber

6 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Unknown said...

ini bermaana selama ini pengurusan zakat di negeri pahang tidak diuruskan dengan betul mengikut sya'riat ...begitu? patutlah selama ini tidak pernah dengar laporan tentang kutipan dan agihan zakat ...

Anonymous said...

Patutlah sekolah agama rakyat minta sumbangannya pembangunannya muip cakap tak ada bajet...yg kita tahu pemberian mengikut sanaf,inilah bila org tidak berilmu jadi ketua.....maka tunggulah celaka

Anonymous said...

nak tanye...pa jadi dengan duit zakat wat beli hotel tu... untung ke dah abih langsai duit zakat tu....? Duit saham wakat camne plak...?

Anonymous said...

Mana ada duit zakat beli hotel.. ada bukti ke statement? bawak dulu dokumen dan bukti.. fitnah.. fitnah

Anonymous said...

klu nak nafi fitnah MUIP kena telus.. ce citer yang betul duit dari punca mana berserta dokument, berapa juta, untung ke rugi beli hotel dan wat hotel2 lain tu... ce MUIP teluskan perkara ni baru tak jadi fitnah.... nape susah sangat nak bagi tau masyarakat..hak masyarakat juga tu nak tau..

Anonymous said...

SETUJU 100%!!!!!!!!

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]