SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAF ZAHIR BATIN DARIPADA KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE

Nazlan: Pembangunan Jerantut Di Terus Demi Rakyat !!


JERANTUT - Proses pembangunan dan penyediaan kemudahan infrastruktur di daerah ini akan diteruskan demi kepentingan rakyat. Ahli Parlimen Jerantut, Ahmad Nazlan Idris berkata, beliau akan menilai kembali projek yang telah dirancang oleh bekas Ahli Parlimen Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar agar dapat diteruskan. "Kita akan lihat kembali senarai projek yang telah dirancang sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan dilaksanakan biarpun mengalami kelewatan. "Semua pembangunan yang dirancang sebelum ini tidak akan diabaikan, malah kita tidak akan mengubahnya supaya masyarakat dapat mengecapi pembangunan dan kemudahan dengan baik," katanya di sini hari ini. Beliau berkata, seluruh penduduk di sini ingin melihat Jerantut membangun seperti daerah lain di negeri ini dan perkara tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat. Menurutnya, daerah ini semakin membangun jika dibandingkan 30 tahun lalu. "Saya yakin Jerantut bukan sahaja akan menjadi sebuah bandar yang pesat membangun, malah menjadi bandar pelancongan apabila jalan berharga kira-kira RM300 juta dari Kuala Tahan ke Kampung Raja, Terengganu siap dibina kelak," katanya. Beliau berharap penduduk bersedia dengan pembangunan yang akan dilaksanakan kerajaan untuk kebaikan bersama.#sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]