SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAF ZAHIR BATIN DARIPADA KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE

Ops Bersepadu, 15 PATI Telah Di Tahan Dekat Jerantut


JERANTUT - Seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Indonesia, Myanmar, Nepal dan Bangladesh ditahan dalam Ops Bersepadu 6P yang dijalankan di sekitar kawasan perindustrian Jerantut di sini semalam. Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Temerloh, Kamaruddin Embong berkata, seramai 35 anggota Imigresen dan masing-masing 10 anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) serta Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) terlibat dalam operasi berkenaan di tiga kawasan yang menjadi penempatan pekerja asing. Menurutnya, operasi bermula pukul 12 tengah malam dan berakhir 5.30 pagi dengan melakukan pemeriksaan ke atas 112 pekerja asing di dua kilang memproses papan dan papan lapis. "Kita berjaya menahan 15 pekerja asing yang melakukan pelbagai kesalahan seperti tidak memiliki pasport, tidak mempunyai permit kerja atau permit kerja telah tamat tempoh. "Kesemua mereka dihantar ke Depot Tahanan Semenyih, Selangor untuk tindakan lanjut," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. Menurut beliau, operasi itu berjalan lancar dan tiada pekerja asing yang cuba melarikan diri semasa serbuan dijalankan. Dalam pada itu, seorang anggota Rela yang enggan namanya disiarkan berkata, berdasarkan maklumat terdapat ramai PATI tidak lagi berada di kawasan penempatan kerana menyedari kemungkinan rumah kongsi mereka akan diserbu pihak berkuasa. Menurutnya, difahamkan mereka sanggup tinggal di kawasan hutan dan semak bagi mengelak ditangkap selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) mula menjalankan Ops Bersepadu 6P. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]