Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
Lazada Philippines
KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA PARA PEMBACA YANG TERUS MEMBERI SOKONGAN KEPADA PORTAL RAKYAT INI


September 24, 2013

Panas: YDP Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) Di Arah Bertukar 24 Jam Tanpa Ikut Prosedur Perkhidmatan !!

TEMERLOH - Orang ramai disekitar bandar ini terkejut dengan berita mengenai pertukaran mengejut Yang DiPertua, Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) Dato' Haji Zainal Abidin (foto) yang dibuat secara tergesa-gesa oleh Kerajaan Negeri Pahang, tambahan pula ia melibatkan seorang Pegawai Tadbir Dan Diplomatik (P.T.D) sepertinya. Difahamkan beliau telah diarahkan bertukar ke Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pahang, dengan memangku jawatan P.T.D Gred M54 sebagai Timbalan Pegawai Pembangunan Negeri (SDO) berkuatkuasa mulai 17 September 2013 yang lalu. Berita panas yang diterima mengatakan beliau telah diarahkan bertukar 24 jam oleh "orang politik" yang tidak sebulu dengannya. Pertukaran seorang pegawai seperti beliau tanpa notis sebulan amat memusykilkan ramai pihak termasuk kakitangan Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) sendiri. "Amat mengejutkan YDP diarahkan tukar 24 jam tanpa notis sebelum... Bukankah ada prosedur dalam perkhidmatan awam yang sepatutnya dipatuhi oleh pihak atasan. Kenapa beliau ditukarkan secara tergesa-gesa.. saya syak pasti ada sesuatu yang tidak kena dalam isu pertukaran beliau ini ....", kata seorang pesara kerajaan yang ditemui. Difahamkan surat pertukaran beliau itu telah ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, iaitu Dato' Sri Muhammad Safian Ismail. PDO

[Krew PDO di Temerloh sedang menyiasat, apakah punca sebenar menyebabkan pegawai terbabit ditukarkan secara tergesa-gesa itu. Menurut sumber yang berkenaan, arahan pertukarannya mendapat restu daripada "orang politik". Soalnya, siapakah pemimpin terbabit dan kenapakah ia dilakukan tergesa-gesa tanpa notis sebulan yang sepatutnya diamalkan dalam Perkhidmatan Awam itu sendiri. Apapun, PDO mengucapkan selamat naik pangkat dan bertugas di pejabat baru kepada beliau. Cuma, apa yang musykilnya jawatan tersebut diwujudkan untuk membolehkan beliau bertukar dan kini dia hanya memangku jawatan berkenaan. Segalanya boleh terjadi bila orang politik campurtangan dalam urusan yang berkaitan dengan jabatan kerajaan. Laporan panas selanjutnya menyusul].

6 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

bunbinban said...

mungkin ada kaitan dgn arahan menjual hartanah milik MPT?. Tak ikut arahan ahli politik?.

Anonymous said...

semua di kakitangan di pbt.telah faham situasi berkenaan dll isu...berkaitan penjawatan...jawatan kosong di kiv nak letak suku-sakat mereka..kakitangan yg belajar nk dpt ijazah siang malam berkorban duit, masa dan keluarga...tak dinaikkan pangkat...walaupun ada kekosongan dan hanya terdapat hanya satu calon dalaman sahaja..tetapi..mereka dianiyai..tak ada perasaan maknanya tergolong dalam org2 zalim.....hebohkan....

Anonymous said...

kes perjawatan tu ramai yg tahu sebenarnya, Dato' Shakar yg membuat keputusan perjawatan di MPT, pegawai yang layak tidak diambikira kerana campurangan politik kotor UMNO, jijik sungguh. Macamana nak maju kalau MPT ambik pegawai pilihan politik kotor,,malang sungguh MPT

Anonymous said...

Jangan kita tuduh sembarangan pada Dato Sarkar. Siasat dulu mesti ada sebab sampai kena tukar macam tu.Ingat lah dimana bumi di pijak di situ langit di junjung. Kalau tak puas hati gi lah kerja di negeri yang di perintah pembangkang kalau nak rasa .

Anonymous said...

Statement tak cerdik bila kata:"Kalau tak puas hati gi lah kerja di negeri yang di perintah pembangkang kalau nak rasa". Klu cmtu sampai bilapun tak leh tegur

Anonymous said...

PDO ce siasat apa sebab sebenar pegawai tu tukar... jangann pandai wat citer je pastu biarkan pembaca bertelagah.....

[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter