Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Perkeso: Sebanyak 14 Majikan Di Kompaun Di Bentong


BENTONG – Seramai 14 majikan dikenakan kompaun atas kesalahan gagal mendaftarkan perusahaan dan pekerja mereka menerusi Ops Kesan yang di jalankan sepanjang September. Pengurus Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Bentong, Roziah Abdul Wahid berkata, jumlah keseluruhan kompaun yang dikenakan ke atas majikan terbabit ialah RM8000. Katanya, sempena operasi itu, pihaknya menjalankan pemeriksaan ke atas 278 premis perniagaan sekitar kawasan Bentong, Raub dan Lipis. “Alasan tiada masa untuk ke pejabat Perkeso membuat pendaftaran dan tidak tahu berhubung pendaftaran merupakan alasan yang sering kali digunakan oleh majikan. “Sebelum menjalankan operasi, pihak kami sudah menghebahkannya dan memberikan peringatan kepada majikan, namun masih ada yang memandang enteng,” katanya. Roziah berkata, kedegilan majikan berbuat demikian menyebabkan mereka dikenakan kompaun. Katanya, selain majikan, pekerja juga perlu mempunyai kesedaran berhubung caruman dibuat oleh majikan. “Mereka boleh membuat semakan di pejabat Perkeso berhampiran bagi memastikan majikan mencarum. “Sekiranya tiada caruman dibuat, pekerja boleh mengemukakan aduan kepada pihak Perkeso dan siasatan akan dijalankan,” katanya. Roziah berkata, majikan yang didapati bersalah boleh dikenakan denda RM10,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya mengikut Seksyen 5 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]