Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO) | Nak Iklan Bisnes Anda, Sila Klik Menu Hubungi Di Atas

Shahaniza: Rebut Peluang Dapat Rumah Generasi Baru


KUALA SENTUL - Generasi kedua Felda yang tinggal di tanah rancangan dalam Dun Kuala Sentul akan diberi peluang mendapat rumah Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) bagi meneruskan usaha ibu bapa mereka dalam perladangan dan pertanian. Adun Kuala Sentul, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata, Felda bersetuju membina hampir 200 unit rumah itu di dua tanah rancangan tahun ini. Menurutnya, Felda Jengka 1, dan Jengka 2 terpilih manakala dua projek lagi di kawasan Jengka 6 dan Felda Tajau yang dianggap sebagai projek perintis PGBF. “Projek ini merupakan satu usaha berterusan kerajaan melalui Felda bagi menyediakan tempat tinggal lebih selesa kepada anak peneroka yang tinggal dalam tanah rancangan. “Kesemua projek tersebut kini difahamkan dalam pemilihan kontraktor dilantik Felda dengan setiap unit rumah akan dijual pada harga lebih rendah berbanding pasaran. “Pembinaan akan dibuat mengikut fasa kerana membabitkan kos tinggi dan hanya ditawarkan kepada kontraktor berwibawa sahaja bagi melaksanakan projek berkenaan,” katanya. Shahaniza berkata, PGBF merupakan satu usaha berterusan kerajaan melalui Felda bagi menyediakan tempat tinggal lebih selesa kepada anak peneroka yang tinggal dalam tanah rancangan. Menurutnya, Kerajaan Negeri sentiasa memberi kerjasama baik kepada pihak Felda bagi melaksanakan projek berkenaan. “Kita sedia maklum bahawa penempatan Felda tidak dibuka lagi namun bilangan penduduk bertambah kerana ada anak Felda yang bekerja dan membina kehidupan di sini. “Hanya mereka yang menetap dan bekerja di tanah rancangan itu sahaja diberi keutamaan kerana golongan ini membantu meneruskan pembangunan Felda,” katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]