[IKLANEKA SAIZ 468X60 PIXEL | RM100 SEBULAN | SILA WHATSAPP SINI]



Status Halal Ayam Sembelih Di Triang Amatlah Di Ragui


BERA - Status halal ayam sembelih di premis penyembelihan ayam dekat Bandar Triang, di sini diragui kerana dikhuatiri mati lemas dalam tong atau air panas dan bukan kerana penyembelihan sempurna. Pengerusi Jawatankuasa Keceriaan dan Keindahan Majlis Daerah Bera (MDB), Mokhtar Mohd berkata, tukang sembelih menjalankan tugas penyembelihan dengan sempurna ketika diminta membuat demonstrasi dalam operasi mengejut, semalam. Bagaimanapun katanya, pihaknya masih ragu-ragu kerana dikhuatiri mereka hanya mematuhi syarak penyembelihan ketika operasi dijalankan sahaja, namun tidak pada hari-hari biasa. “Ayam yang disembelih akan dimasukkan dalam tong atau bekas pengumpulan tetapi melalui pemerhatian kami, tong tersebut terlalu kecil dan tidak sesuai dimuatkan lebih daripada lima ekor ayam. “Sekiranya mereka sembelih 10 hingga 15 ekor dalam satu masa, ayam tersebut akan bertindih dalam tong dan keadaan itu menyebabkan ayam mati lemas,” katanya. Beliau berkata demikian selepas Operasi Bersepadu Premis Penyembelihan Ayam, semalam. Antara jabatan terlibat, Pejabat Agama Islam Daerah (Paid), Pejabat Veterinar Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah dan MDB. Hadir sama, Ketua Unit Penguatkuasaan Paid, Hilman Kamarudin dan Pembantu Veterinar, Mohd Safudin Zakaria. Mohktar berkata, pihaknya turut tidak berpuas hati dengan keadaan persekitaran yang kotor sekali gus kebersihan ayam disembelih itu diragui. #selanjutnya

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]