Pages

Suspek Kes Rogol, Samun Bersenjata Di Raub Di Cari !!


RAUB - Polis kini dalam usaha mengesan seorang suspek dipercayai terlibat dalam kes samun bersenjata dan rogol yang berlaku pada 30 September lalu. Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Wan Mohd Samsudin Wan Osman berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.00 pagi di asrama pekerja sebuah pasar raya dekat sini, mangsa berusia 20-an didatangi seorang lelaki bersenjatakan pisau dan terus menarik mangsa ke bilik lain. Katanya, suspek bertindak mengikat tangan dan kaki mangsa dengan pita pelekat dan kain. “Rakan mangsa yang turut berada di bilik itu turut diikat bahagian tangan, kaki dan mulut. “Suspek kemudiannya bertindak menggeledah bilik berkenaan dan mengambil telefon bimbit mangsa jenama Sony Ericson Experia dan telefon jenama Alcatel serta wang tunai RM50,” katanya. Wan Mohd Samsudin berkata, selepas itu suspek bertindak masuk semula ke tempat mangsa diikat dan kemudian merogolnya sebelum beredar. Katanya, susulan kejadian itu, polis giat menjejaki suspek yang imejnya direkodkan oleh sistem kamera litar tertutup (CCTV) di pasar raya berkenaan. “Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Anthony di talian 017-9060519 atau hotline IPD Raub 09-355 4999 untuk membantu siasatan,” katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]