SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAF ZAHIR BATIN DARIPADA KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE

Jenayah: Stesen Minyak di Pecah Masuk Di Bentong


BENTONG - Sebuah stesen minyak di bandar ini dipecah masuk mengakibatkan kerugian anggaran RM300 dalam kejadian awal pagi semalam. Timbalan Ketua Polis Daerah Bentong, Deputi Superintendan Wan Azha-rudin Wan Ismail berkata, kejadian disedari pengurus stesen minyak itu yang datang untuk memulakan operasi kira-kira jam 6 pagi. Katanya, pemilik stesen minyak terbabit terkejut mendapati bahagian dalam stesen minyak itu digeledah terutama laci di bahagian kaunter. “Mangsa kemudian membuat laporan polis berhubung kejadian itu. Hasil siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku antara jam 2 hingga 3 pagi. “Suspek yang terlibat dipercayai mengumpil bahagian depan pintu stesen minyak itu dan masuk ke ruang dalam,” katanya. Wan Azharudin berkata, suspek menggeledah bahagian dalam stesen minyak dan berjaya melarikan anggaran RM300 dari laci kaunter. Menurutnya, hasil pemeriksaan dari sistem kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, bilangan suspek yang melakukan kes itu dipercayai lebih dari seorang. “Selepas itu, suspek dipercayai melarikan diri dengan menggunakan kereta yang diletakkan di tepi jalan besar berhadapan stesen minyak itu. “Polis masih meneruskan siasatan termasuk meneliti rakaman CCTV di bawah Seksyen 451 Kanun Keseksaan,” katanya. Wan Azharudin berkata, orang awam yang ada maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil bantu siasatan polis. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]