Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Kes Tembak Di Chenor, Ramai "Keliru" Dengan Laporan !


Ramai pihak yang keliru dengan insiden kejadian tembak terbaru yang berlaku di Maran, kelmarin. Ia berikutan dengan dakwaan polis sebelum ini bahawa seorang lelaki yang bertindak menyerang anggota polis sebelum merampas sepucuk pistol dan melarikan kenderaan peronda polis di susur keluar Tol Chenor Lebuh Raya Pantai Timur (LPT), dekat Maran. Suspek, 22 tahun bertindak melepaskan empat das tembakan secara rambang keluar dari kenderaan yang dilarikannya. Tembakan itu bagaimanapun tidak mengenai anggota polis terbabit. Selepas larikan kereta polis itu, suspek melanggar tiang perhentian bas berkenaan dan cedera di kepala. Namun, semalam bapa mangsa pula mengeluarkan kenyataan  yang jauh sekali berbeza dam mungkin akan mengambil tindakan mahkamah terhadap kes tersebut. Ini kerana laporan bedah siasat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) menunjukkan anaknya meninggal dunia kerana kecederaan di kepala akibat ditembak. Bapanya menolak dakwaan polis anaknya meninggal dunia akibat hentakan kepala di stering kereta. Malah, tambah mengejutkan terdapat dakwaan daripada ahli keluarga terdekat mangsa,  pihak polis akan menutup hasi post mortem mangsa dan akan mendakwa beliau menembak dirinya sendiri iaitu membunuh diri. Malah, laporan turut mengatakan keputusan post mortem akan dikeluarkan dalam tempoh empat minggu selepas permohonan tersebut. #sumber

4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Buatlah Mana yang patut....

Anonymous said...

memang dia salah larikan kete tu tapi dia bukan penjenayah. org kampung kenal dia. memang mcm tak logik. kemik sikit je.. budak tu tangannya tak kuat pun lepas x-cident. apa pun jgn lupa: Allah Maha Mengetahui. ramai org tahu hal ni. nak tutup pun akhirnya tahu juga nanti.

Anonymous said...

Setiap kejadian itu pasti ada hikmahnya. Semoga arwah pergi dengan tenang dibawah kalimah LA ILAHA ILLALLAH MUHAMMADARRASULULLAH. Ingatlah bahawa ALLAH itu MAHA ADIL dan janjiNYA itu pasti. Jika kita ada kuasa terhadap sesuatu jalankanlah kerana ALLAH. Nescaya akan bahagia dunia dan akhirat.

Anonymous said...

bodonye rmpas pistol..gile pny org..siap bwk lari kete polis lagi? mcm pnjenayah da..

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]