IKLAN BISNES ANDA DI PAHANG DAILY ONLINE (PDO) SEKARANG !!

Panas: Ramai Kecewa PAS Benarkan Konsert Metal "Gig Green Zone" Di Adakan Di Muktamar Parti Itu Semalam!

Apa sudah jadi dengan Parti Islam SeMalaysia (PAS)?. Inilah yang sedang hangat diperkatakan oleh ramai pemerhati Muktamar PAS kali ini ialah tindakan pihak penganjur membenarkan konsert "Gig Green Zone" pada malam Karnival PAS For All di Stadium Malawati, Shah Alam semalam. Ramai yang kecewa dengan senario yang berlaku. PAS dilihat tidak mahu belajar dari kesilapan akibat kejadian membenarkan acara yang sama dalam satu program Pakatan Rakyat beberapa tahun lalu. Kenapa ruang fitnah dibuka atas nama keterbukaan, kononnya mahu menarik generasi muda hadir ke muktamar PAS kali ini. Kenapa perlu terikut-ikut dengan alasan dangkal itu. Lebih wajar PAS mengadakan konsert dakwah yang melibatkan artis-artis nasyid di dalam majlis sebegitu daripada mengundang "fitnah" yang akan dimainkan oleh musuh akibat kesilapan ini. Malah, ramai pemimpin parti juga dilihat tidak bersetuju dengan acara seperti itu terutamanya golongan ulamak sebenarnya. "Apapun alasannya, konsert sempena Muktamar PAS yang menampilkan kumpulan rock berambut panjang dan menyanyi sambil terkinja-kinja amat tidak sesuai dan saya membantahnya. Urusetia yang mengaturkan konsert seperti ini wajar ditegur dengan tegas agar memahami erti keterbukaan yang di bawa oleh PAS. Jangan sampai prinsip Islam yang didokong tercemar dek kerana sesetengah individu yang tidak faham....tak perlulah mengambil pendekatan sekular dalam menarik golongan muda!", kata seorang pemimpin PAS dari Pahang yang turut hadir ke muktamar tersebut. Bukti, sila tonton video dibawah:-

[ Sumber video ini adalah diperolehi dari laman Youtube KL Express ]

[Soalnya sekarang, jika kerajaan UMNO Barisan Nasional mengundang kumpulan K-Pop ketika sambutan Hari Belia Negara di Stadium Nasional Bukit Jalil ramai yang marah dan mengutuk tindakan tersebut. Kini, apakah konsep keterbukaan PAS yang mahu dibanggakan sangat. Jangan sampai "matlamat menghalalkan cara" akibat terlalu mengambil kira selera orang muda. PAS perlu bermuhasabah dan tidak terpedaya dengan permintaan pihak-pihak tertentu yang sengaja mahu menjatuhkan imej parti itu. Lebih baik diadakan konsert yang melibatkan artis-artis yang sudah bersama Pakatan Rakyat seperti Aishah, Dayangku Intan dan ramai lagi daripada membenarkan aktiviti terkinja-kinja seperti itu. Jika ahli kumpulan berkenaan memakai imej Islamik mungkin tidak menjadi masalah sangat. Namun, tindakan dan aksi yang ditonjolkan sambil terpampang gambar Presiden (Tuan Guru Hj. Abd Hadi Awang) dan Murysidul Am PAS (Tuan Guru Nik Abd Aziz Nik Mat) amatlah mendukacitakan dan jelas tidak wajar. Semoga PAS mengambil pengajaran atas kesilapan yang berlaku ini. Jika ia program Pakatan Rakyat mungkin boleh dimaafkan, namun ini adalah program Parti Islam SeMalaysia (PAS) sendiri. Oleh itu ambillah iktibar atas apa yang telah berlaku ini].

5 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Apa salah@ apa masalahnya?
Haaaaaaaaaaa

Daripada ambik nasyid dan kasidah burdah atau marhaban lebihlah baik puak-puak ni.Sebab apa mereka ini tidak kata ini agama.Rujuk kembali Iman Syafie pun tak suka zikir-zikir yg dilagukan oleh kaum sufi.Mereka ni sampai masa berenti terus dari menyanyi sedangkan puak-puan nasyid dan marhaban ni sampai ke tua bernasyid kerana menyangka ini agama dan boleh bawa gendang dlm masjid lagi!Siapa nak tegur semua ni!

Anonymous said...

kaji dan nilai betul2 sblm kputusan menolak dibuat, mana sumber ini dtg dan suasananya bgaimana, dibhgian mana, adakah di dewan utama, teliti dahulu.

Anonymous said...

Saya peminat muzik keras. Saya rasa pas menghargai kami. Minta lepas ni tlg tengok rkn2 kami pemuzik jalanan pula..

Anonymous said...

saya peminat muzik lembut. Saya rasa pas tak menghargai kami. Minta lepas ni tlg tengok rkn2 kami pemuzik kaki lima plak... nak jugak.. nak jugak..

Anonymous said...

saya peminat muzik klasik. Saya rasa pun macam tu jugak la.. Minta lepas ni tlg tengok rkn2 kami pemuzik kaki joget plak.. nok getek..

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]