Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Polis Johor Berjaya Menahan 'Tuhan Harun' Di Tangkak


TANGKAK - Ketua ajaran sesat Tuhan Harun yang nama sebenarnya Harun Mat Saat dicekup polis di sebuah rumah Taman Bandar Baru Tangkak, di sini, semalam langsung tidak pernah dilihat jiran sejak dia menyewa di rumah itu kira-kira dua minggu lalu. Seorang jiran mahu dikenali sebagai Roslan, 40, berkata, dia hanya pernah ternampak seorang lelaki bernama Hairi di laman rumah dan lelaki itu tergesa-gesa masuk selepas melihatnya.“Saya menyangka mereka sekeluarga dan baru dua minggu menyewa rumah itu. Kehidupan mereka agak aneh kerana tidak pernah bertegur sapa dengan jiran. “Mereka juga menggunakan kenderaan pelbagai guna (MPV) cermin gelap, manakala pintu dan pagar sentiasa ditutup,” katanya. Harun yang dikehendaki polis dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) ditahan di sebuah rumah di Jalan Puteri 2/15, taman itu bersama seorang wanita dipercayai isterinya, Azida Mohd Zol, 30, jam 3.30 petang. #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Hebat.. TUHAN pun kene tangkap. Tuhan la sangat..klu dah melampau, mata gelap dgn kekayaan sanggup ngaku tuhan? pengikutnya pun pening

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]