Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Banjir: 923 Orang Mangsa Di Pindahkan Di Temerloh !


TEMERLOH 7 Dis - Jumlah mangsa banjir di daerah ini meningkat kepada 923 orang membabitkan 200 keluarga yang ditempatkan di 24 buah pusat petempatan banjir sehingga 4 petang ini. Pegawai Daerah Temerloh, Datuk Tarif Abdul Rahman berkata, mereka merupakan penduduk di 14 kampung di pinggir Sungai Pahang yang sering terdedah dengan kejadian banjir setiap tahun. Katanya, gerakan menyelamat dan perpidahan tersebut dilakukan secara bersepadu oleh pasukan Bomba dan Penyelamat, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). "Kesemua mangsa dijamin mendapat kemudahan sesuai dengan situasi dan bekalan makanan mencukupi untuk keperluan mereka," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini. Menurutnya, jalan raya di Kilometer 14 Jalan Temerloh-Triang di Kampung Pangsa Enam ditutup kepada semua kenderaan berikutan ditenggelami air sedalam satu meter. Beliau meminta orang ramai mengetahui jika ada tranformasi dan kabel elektrik yang ditenggelami air agar memaklumkan kepada pihak TNB untuk diambil tindakan segera. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]