KUALA LIPIS, 8 Dis - Laluan Kuala Lipis ke Jerantut melalui pekan Kerambit di sini boleh dilalui oleh semua kenderaan mulai pagi ini.
Pegawai Daerah Lipis, Datuk Mohamad Noor Abdul Rani berkata, laluan berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kerambit dan Kampung Tanjung Bungor yang ditutup kepada semua kenderaan sejak Rabu lalu kembali pulih berikutan air telah surut.
"Bagaimanapun pengguna kenderaan perlu berhati-hati di laluan itu kerana struktur jalan berlumpur, sampah sarap, digenangi air dan licin selepas banjir," katanya.
Menurutnya, pengguna jalan raya juga boleh guna laluan alternatif bermula di pekan Kerambit melalui Kampung Atong, Kampung Jerangsang dan Kampung Batu Balai ke bandar Jerantut untuk elak kesesakan lalu lintas. #sumber
PAHANG NEGERI PERTAMA MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN DIGITAL SECARA PUSAT SEHENTI
-
KUANTAN: Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pahang (YP), YH Dato' Mahmud Mohd
Nawawi berkata aplikasi PahangGo yang diperkenalkan khusus untuk rakyat
Paha...
12 hours ago
0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:
Post a Comment