SALAM MAULIDURRASUL KEPADA PEMBACA PDO YANG BERAGAMA ISLAM| JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Banjir: Lima Laluan Jalan Utama Di Tutup Di Jerantut


JERANTUT - Sebanyak lima buah laluan di sekitar daerah ini ditutup kepada semua lalu lintas ekoran banjir yang melanda sejak semalam. Laluan yang terlibat ialah Jerantut ke Kuala Tembeling, Jerantut ke Padang Piol, Jerantut ke Pusat Penyelidikan Pertanian Tun Razak, Pulau Tawar ke Kampung Bukit Nikmat dan Jerantut ke Felda Kota Gelanggi 5 dan 6. Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Jerantut Feri, Sabri Kamaludin berkata, paras air Sungai Jerantut di Kampung Paya Garuk, di sini mula meningkat sejak malam tadi. "Penduduk di beberapa buah kampung termasuk Felda Padang Piol, Felda Sungai Retang dan Kuala Tahan terputus hubungan kerana paras air Sungai Jerantut melebihi satu meter. "Hujan sejak beberapa hari lalu menyebabkan air Sungai Pahang dan Tembeling semakin naik mengakibatkan paras air di sungai-sungai kecil melimpah dan jalan terpaksa ditutup kepada semua jenis kenderaan," katanya. Menurut beliau, penduduk hanya boleh berhubung menggunakan sampan yang disediakan oleh segelintir penduduk dengan bayaran tertentu. Beliau berkata, terdapat lima keluarga di Kampung Paya Garuk kini dalam proses untuk dipindahkan kerana paras air semakin meningkat. Penghulu Mukim Pedah, Mohd. Zahar Wahid berkata, semua penduduk yang berada di kawasan banjir dinasihatkan berpindah ke pusat pemindahan sementara bagi memudahkan urusan bantuan disalurkan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah. "Kita tetapkan Sekolah Kebangsaan Pedah sebagai pangkalan hadapan dan beroperasi sebagai tempat salur bantuan kepada mangsa banjir," ujarnya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]