Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Hakisan Tanah Belakang Surau Kian Membimbangkan


KUANTAN - Hakisan tanah di belakang Surau Taman Datuk Rashid Salleh di sini membimbangkan kira-kira 2,400 penduduk sekitar. Jarak hakisan yang hanya 20 meter daripada surau bukan sahaja curam namun mengancam keselamatan orang ramai. Pengerusi Jawatankuasa Surau, Nik Ismail Nik Kar berkata, hakisan tanah berlaku pada 3 Disember lalu ketika hujan lebat dan banjir berlaku di kawasan itu. Menurutnya, keadaan itu menyebabkan hakisan sepanjang 150 meter dengan kedalaman kira-kira enam meter. “Kita bimbang hakisan lebih teruk berlaku dan akan menjejaskan tangki air berdekatan. “Justeru, kita harap tindakan sewajarnya boleh diambil segera,” katanya ketika ditemui, di sini. Hadir sama, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Datuk Rashid Salleh, Mohd Saidi Ali dan Yang Dipertua Badan Kebajikan dan Kemanusiaan Beserah Sungai Karang (Bakkiss), Wan Azlan Wan Salleh. Nik Ismail berkata, pihaknya mencadangkan supaya surau baru dibina di kawasan padang berdekatan memandangkan kawasan sedia ada tidak selamat lagi. Katanya, surau yang dinaikkan taraf sejak empat tahun lalu oleh pemaju selepas dibina secara bergotong royong sebelum itu tidak mampu menampung jumlah jemaah. “Sekiranya kos yang tinggi diperlukan untuk baik pulih hakisan, mungkin lebih sesuai jika surau atau masjid dibina seterusnya dapat beri kemudahan kepada penduduk berdekatan berjemaah,” katanya. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]