Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Jumlah Mangsa Banjir Di Daerah Maran Berkurangan !


MARAN - Jumlah mangsa banjir di daerah ini yang dipindahkan sejak malam Isnin lalu berkurangan kepada 1,005 orang berbanding 1,124 orang semalam apabila terdapat beberapa kawasan dinaiki air mulai surut. Sehingga jam 7 malam tadi, enam pusat pemindahan masih dibuka manakala di Surau Bukit Kuin yang menempatkan satu keluarga sebelum ini telah ditutup. Namun demikian, tiada sebarang perubahan jumlah mangsa di tiga balai raya yang menjadi pusat pemindahan iaitu di Kampung Ulu Luit, Kampung Bak-Bak dan Kampung Jara kerana kawasan yang dinaiki air masih berada di paras sama. Sementara itu, mangsa di pusat pemindahan Dewan Kampung Luit terpaksa dipindahkan ke masjid kampung tersebut pada malam kelmarin ekoran paras air sungai berdekatan semakin meningkat. Penempatan yang terlibat adalah Kampung Paya Chedung (183 orang), Ulu Luit (256), Bak-Bak (2), Taman Sri Chedung (15), Luit (190), Baru Jara (114) dan Taman Maran Jaya (241). Dua lagi pusat pemindahan, di Kompleks Rakan Muda Maran dan Dewan Perpaduan Maran. Keadaan di enam laluan yang dinaiki air sejak kelmarin masih tiada perubahan dan hanya boleh dilalui kenderaan berat. Lalu terbabit adalah di Kilometer (KM) 4 Jalan Kampung Bak-Bak (selekoh sebelum jambatan), jalan utama Kampung Ulu Luit (bawah jambatan lebuh raya), KM 28.5 Kampung Jara (hadapan Kuil Marathandavar), KM 24 Kampung Jara (selekoh kubur cina), KM 23 jalan . Kampung Jara dan KM 26 persimpangan Kampung Jara-Bandar Jengka. Walaupun ada di antara rumah mangsa tidak lagi dinaiki air namun mereka diminta tidak kembali ke kediaman masing-masing berikutan jangkaan peningkatan air Sungai Pahang. #selanjutnya

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]