Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Keadaan Banjir Di Negeri Pahang Kini Semakin Pulih


KUANTAN, 12 Dis - Setakat jam 4.00 petang tadi, seramai 5,539 orang masih berada di pusat pemindahan banjir di Pahang berbanding 5,607 yang direkodkan pagi tadi. Menurut Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, kesemua mangsa banjir daripada 1,389 keluarga ditempatkan di 65 pusat pemindahan dari 61 penempatan di enam daerah yang terjejas banjir. Pekan masih menempatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 3,686 orang di 37 pusat, disusuli Kuantan (827 orang di lima pusat), Maran (735 di 13 pusat), Bera (196 di lima pusat), Temerloh (82 di empat pusat) dan Rompin (13 di satu pusat). #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]