TANGGAL 31 OGOS 2020 GENAPLAH USIA PORTAL RAKYAT PAHANG DAILY ONLINE (PDO) YANG KE-12 TAHUN (2008-2020) | TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SEMUA | JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Lelaki Di Tahan Kes Sumpit Warga Emas Di Jerantut !


JERANTUT, 16 Dis - Seorang lelaki Orang Asli ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kejadian menyumpit seorang lelaki warga emas sehingga maut, dalam satu kejadian di Kampung Bangkong, dekat Jerantut Jumaat lepas. Suspek Orang Asli itu dikenali sebagai "Dolah" itu kini ditahan di ibu pejabat Polis Daerah Jerantut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Menurut Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail dalam kejadian itu mangsa Harun Mat Bakar, 79, mati akibat racun daripada damak (peluru sumpit) yang mengenai bahagian muka, leher dan bahu kirinya."Pada hari kejadian, mangsa yang pulang ke rumahnya di Felda Sungai Tekam Utara di sini pada jam 7.10 malam, memberitahu isteri dan anaknya yang dia telah disumpit," katanya kepada pemberita semalam. Sebelum rebah, mangsa sempat memberitahu keluarganya yang dia telah disumpit oleh seorang lelaki bernama "Dolah"."Mangsa kemudiannya rebah dan pengsan, anak mangsa membawanya ke Klinik Sungai Tekam Utara, sebelum dirujuk ke Hospital Jengka."Mangsa bagaimanapun meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital itu," katanya. Azid berkata hasil bedah siasat mendapati mangsa mati akibat kesan racun. "Doktor mengesahkan terdapat kesan kecederaan kecil di bahagian muka, leher dan bahu kiri mangsa. Doktor mengesyaki mangsa mati akibat racun yang disumpit," katanya. Beliau berkata suspek, 48, berjaya diberkas hari ini di rumahnya di Kampung Bangkong, dekat Jerantut. Pihak polis turut merampas barangan kes seperti sumpit dan damak.  "Suspek ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini, motif kejadian masih belum disiasat," katanya. #sumber

3 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

salam
saya dah hantar lama dah makluman bersama bayaran untuk kursus blog tpi takde maklum balas. atas nama muhamad mohd yusof.

admin said...

encik Muhamad sila tinggal no hp utk dihubungi

Anonymous said...

Huh syumpit kang dua org ni kang. dia sibuk komen bab kursus blog.

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]