Pages

Mangsa Banjir Boleh Tangguh Bayar Pinjaman Tekun !


BERA, 8 Dis - Kerajaan bersetuju membenarkan penangguhan pembayaran balik pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) bagi peminjam yang terjejas akibat bencana banjir. Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penangguhan itu bagi mengurangkan beban peminjam yang perniagaan mereka terjejas akibat banjir. "Tekun bersedia menambah dana dan pinjaman tambahan kepada usahawan yang menjadi mangsa banjir sekiranya mereka mahu berbuat demikian bagi membolehkan mereka mengurus dan menjalankan perniagaan selepas ini. "Saya percaya, mereka menghadapi masalah kewangan untuk pembayaran semula dan kita perlu membantu mereka bagi meneruskan perniagaan," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat mangsa banjir di lapan buah pusat penempatan banjir di sini, Ahad. Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah Bera, Datuk A Rahman Hamzah. Ismail Sabri yang juga Anggota Parlimen Bera berkata, peminjam yang berhasrat membuat pinjaman tambahan perlu mengisi borang permohonan dan mengikut prosedur ditetapkan sebelum ia diluluskan. "Tekun menyediakan dana tambahan antara RM5,000 hingga RM10,000 bagi setiap usahawan agar mereka dapat sambung perniagaan dengan lebih baik. "Kepada peminjam yang berdisplin dan membuat bayaran mengikut jadual, Tekun bersedia timbang sama ada jumlah bayaran pinjaman dikurangkan atau apa sahaja berpatutan bagi kurangkan bebanan mereka," katanya. #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Unknown said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]