Pages

MB Pahang Kesal Pembangkang Politikkan Isu Banjir !


KUANTAN, 9 Dis - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Adnan Yaakob menggesa mangsa banjir agar tidak mendengar khabar-kahabr angin yang disebarkan oleh pihak-pihak tertentu. Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media selepas melawat mangsa-mangsa banjir di Pusat Pemindahan Wisma Belia Indera Mahkota semalam. “ “Jangan kita dengar khabar-khabar angin ini. Dengar pengumuman rasmi yang akan dikeluarkan oleh Setiausaha Kerajaan (Negeri) atau sekali-sekala oleh Menteri Besar. Ikut yang itu, yang lain jangan dengar,” tegasnya. Beliau setersunya menyatakan kekecewaannnhya dengan gelagat beberapa pemimpin parti pembangkang yang telah mempolitikkan isu banjir ini atau beliau istilahkan, ‘meng‘isu’kan’nya. “… pembangkang datang bawa satu kereta kecil, bawa 200 bungkus makanan, (hendak) beri kepada orang untuk 800, untuk 1,200 (yang tentunya) tak cukup, (yang akhirnya menyebabkan) orang bergaduh. “Tapi yang mustahak, (mereka) ambil gambar, ambil gambar (lalu dimuat-naikkan ke pelbagai medium berkaitan teknologi maklumat). Susah macam ni,” katanya. “Ketepikan politik,” Dato’ Sri DiRaja Adnan sarankan. “Sayapun dah bagi arahan. Bantuan mesti diberikan kepada semua. Walaupun dia orang pembangkang, walaupun dia orang Barisan Nasional; beri semua. “Sebab ini Kerajaan rakyat… Ini banjir, ini darurat jadi kita kena bertindak selaku seorang yang penuh peri kemanusiaan,” katanya dan menambah betapa pihak pembangkang mudah-mudah menyalahkan pihak Kerajaan ekoran bencana yang dialami sekarang ini. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]