Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Hujan Setiap Hari Selama Seminggu Di Negeri Pahang


KUANTAN - Jabatan Meteorologi melalui laman webnya meramalkan beberapa daerah di negeri ini menerima hujan setiap hari pada waktu pagi, petang dan malam sepanjang tempoh tujuh hari bermula semalam. Ramalan berkenaan juga membabitkan kawasan perairan. Melalui ramalan dalam tempoh itu daerah Kuantan dijangka mengalami hujan sepanjang hari manakala daerah lain dijangka hujan petang dan malam. Keadaan di kawasan pelancongan termasuk Cameron Highlands diramalkan hujan pada waktu malam dan petang manakala Cherating pula hujan sepanjang hari dan Bukit Tinggi serta Genting Highlands diramalkan hujan sepanjang hari, hujan malam dan hujan petang. Tinjauan di Pantai Balok dan Pantai Batu Hitam mendapati bendera merah sudah dinaikkan bagi memberi amaran kepada penduduk setempat dan pelancong supaya tidak mandi-manda bagi mengelakkan bencana. Bagaimanapun, penduduk di kawasan berdekatan seolah-olah tidak pedulikan amaran pihak berkuasa kerana masih berani mandi laut dan melakukan aktiviti di tepi pantai. Tinjauan di Teluk Chempedak pula mendapati bendera putih masih lagi digantung sekali gus memberi peluang kepada pengunjung mandi dan berkelah. Melalui laman web berkenaan, sehingga jam 11.25 semalam, beberapa daerah di negeri ini termasuk Cameron Highlands, Temerloh, Maran, Pekan, Kuantan dan Jerantut dijangka ribut petir dan hujan lebat berterusan sehingga petang. Timbalan Pengarah Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Mohd Nazri Mes Kam menasihatkan orang ramai tidak mandi manda jika bendera merah dinaikkan di kawasan pantai berikutan ombak besar. #selanjutnya

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]