Pages

NGO Angkara Gesa Kerajaan 'Tangguh Bayaran' Yuran Dan Perbelanjaan Sekolah Anak-Anak Mangsa Banjir !


KUANTAN, 29 Dis - NGO Angkatan Pembela Rakyat (Angkara) hari ini menggesa kerajaan menangguhkan pembayaran dan yuran persekolahan anak-anak mangsa banjir. Penyelaras Angkara, Mohd Shukri Mohd Ramli, 42, ketika dihubungi menjelaskan penangguhan wajar dilakukan kerana rata-rata keluarga yang tidak mampu kini masih trauma dengan musibah banjir besar yang melanda baru-baru ini. Beliau menegaskan, jika Perdana Menteri boleh arahkan institusi perbankan beri keistimewaan mangsa banjir menangguhkan pembayaran mereka, mengapa tidak kepada para ibubapa terbabit. "Kami tahun, ramai ibubapa yang gagal menjelaskan bayaran terbabit gara-gara kekurangan wang dan berbagai masalah yang lain, sebab itu kami merayu kerajaan mendengar rintihan mereka... Malah, TEKUN pun boleh tangguhkan bayaran peminjam.. kenapa tidak Kementerian Pelajaran beri kelonggaran kepada mangsa banjir..", katanya. "Benar, ada ibubapa yang sudah menerima gaji bulan ini tetapi sebahagian besar terpaksa gunakan wang tersebut utk membeli kelengkapan asas rumah yang lebih penting utk membina hidup baru, selepas harta benda mereka dilanda musibah itu. Justeru, mereka kekurangan dana utk membuat persiapan persekolahan anak-anak masing-masing. Ada yg hanya mampu beli pakaian sekolah sahaja, malah ada yangg langsung tidak mampu dan terpaksa mengharapkan bantuan kerajaan", tambahnya lagi  Melihat kepada yuran sekolah yang kini semakin meningkat mencecah hampir RM200 pasti akan membebankan lagi hidup mereka. "Bayangkan jika ada dua, tiga atau lebih anak yg bersekolah. Maka sudah pasti akan lebih menyiksa diri mereka. Oleh itu langkah penangguhan adalah wajar bagi meringankan bebanan mereka. Penangguhan bukan bermakna mereka tidak diberi apa-apa. Pihak sekolah wajar memberikan segala peralatan seperti alat tulis, buku kerja serta barangan lain seperti biasa kepada anak-anak mereka. Cuma, bayaran terbabit ditangguhkan sama ada secara ansuran bulanan atau sebagainya. Ini membolehkan anak-anak mereka dapat belajar seperti biasa", katanya lagi ketika dihubungi semalam. PDO
PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]