Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
061114 Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Buat Duit Terhebat !! DISINI
Lazada Philippines
PAHANG DAILY ONLINE (PDO)MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMBACA YANG TERUS MENYOKONG BLOG INI


December 3, 2013

Panas: "Mahasiswa Kecewa" Pencabulan Pilihanraya Kampus Oleh TNC HEPA Universiti Malaysia Pahang !

Sebelum saya meneruskan penulisan saya ini, baik kiranya saya memperkenalkan terlebih dahulu latar belakang diri saya. Saya merupakan mahasiswa tahun akhir bagi jurusan Kejuruteraan Pembuatan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) Kampus Pekan. Anak jati negeri Selangor kelahiran Sabak Bernam dan menetap di Serendah, Hulu Selangor. Pernah terlibat secara langsung dalam badan kepimpinan pelajar dengan memegang jawatan sebagai Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2011/2012. Demikian serba sedikit biodata ringkas yang dapat saya kongsikan berkaitan diri saya dan saya yakin dan percaya pihak datuk secara peribadi sudah sedia mengenali diri saya. Suka untuk saya perjelaskan disini bahawa tujuan surat ini dikemukakan bukan bermatlamat untuk mengaibkan serta memburukkan mana-mana pihak, tetapi ia adalah satu bentuk respons spontan yang hadir atas rasa penuh amanah dan tanggungjawab untuk memberi pandangan, kritikan serta tindak balas dengan melontarkan kritikan membina demi keadilan semua pihak. Saya mengenali datuk secara lebih dekat semasa bergelar sebagai YDP MPP UMP sesi 2011/2012, mengikut maklumat yang saya miliki datuk berpindah ke Universiti Malaysia Pahang (UMP) sekitar tahun 2010 dan dimaklumkan juga datuk merupakan rakan karib Prof Dato’ Daing Nasir semasa di Universiti Sains Malaysia (USM). Tujuan utama surat ini dikongsikan adalah hasil tindak balas terhadap peristiwa hitam dalam sejarah PRK UMP kali ini yang berlaku sepanjang proses penamaan calon semalam yang bertarikh 25/11/2013, bersamaan hari ini bertempat di Astaka UMP Gambang. Adalah satu perkara yang amat dikesali apabila terhebahnya berita beberapa orang calon yang tidak dibenarkan bertanding atas alasan  tidak munasabah daripada pihak Datuk. 


Menurut keterangan yang saya perolehi secara terus daripada calon yang terlibat antara alasan yang dikemukakan adalah masalah pointer yang tidak konsisten (hal ini tidak tercatat dan digariskan secara bertulis dalam mana-mana peraturan tatacara pemilihan MPP) walaupun terdapat calon yang memang rendah tetapi atas kuasa budi bicara calon tersebut diperkenankan percalonan beliau, calon merupakan mahasiswa yang terlalu aktif berpersatuan dan diarah untuk bertanding pada sesi hadapan, calon tersebut merupakan calon diploma, dan bermacam-macam lagi alasan yang tidak masuk akal dan didatangkan dengan justifikasi yang jelas dan kukuh. Hal sebegini cukup menimbulkan pelbagai keraguan, persoalan yang tidak berkesudahan oleh segenap mahasiswa yang menuntut jawapan secara bertulis dan terbuka. Berdasarkan pengalaman saya dalam PRK UMP, sesi penamaan calon kali ini menyaksikan ramai calon yang tidak dibenarkan bertanding akibat tidak diperkenankan pihak TNC HEPA. #selanjutnya

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:


[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter