Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Pekan Sri Jaya Maran Di Landa Banjir Kilat Kali Ketiga


MARAN - Pekan Sri Jaya dekat sini dilanda banjir kilat selama dua jam ekoran hujan tidak berhenti seawal jam 6 pagi kelmarin sehingga menyebabkan hampir kesemua premis perniagaan tidak dapat beroperasi. Paras sungai berhampiran yang melepasi tebing dengan sistem perparitan tidak sempurna memburukkan keadaan apabila jalan utama di pekan tersebut turut dinaiki air dalam kejadian jam 12 tengah hari itu. Peniaga, Yik Siong Hong, 45, berkata, kejadian itu merupakan kali ketiga berlaku sepanjang tahun ini selepas Februari dan September. Menurutnya, walaupun hampir 20 tahun mengusahakan premis makanan di pekan itu, namun kejadian banjir kilat hanya berlaku sejak tiga tahun lalu. “Jika dahulu tidak teruk kerana air yang memasuki kawasan kedai datang dari arah bahagian belakang iaitu air sungai. “Tetapi sekarang air turut datang dari arah hadapan kerana longkang tersumbat dengan masalah perparitan sehingga tidak dapat menampung hujan lebat. “Jadi keadaan bertambah teruk apabila aliran air banjir kilat ini datang dari kedua-dua arah membawa sampah dan lumpur,” katanya. Sementara, Nga Hoo, 61, berkata, paras air yang memasuki kawasan premis perniagaan dan jalan utama itu berubah-ubah dalam tempoh dua jam berikutan kadar hujan tidak menentu. Menurutnya, peniaga terpaksa menanggung kerugian akibat kerosakan harta benda dan barang keperluan niaga sehingga menjejaskan aktiviti harian mereka. “Air kadang-kadang besar, kadang-kadang kecil maka kami perlu bersedia sekiranya hujan tidak henti untuk beberapa jam lagi. #selanjutnya

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]