TANGGAL 31 OGOS 2020 GENAPLAH USIA PORTAL RAKYAT PAHANG DAILY ONLINE (PDO) YANG KE-12 TAHUN (2008-2020) | TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SEMUA | JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

ADUN Peramu Kecam Sikap Pemandu Degil Di Pekan !


PEKAN - Pemandu lori muatan berat yang menggunakan laluan sepanjang Kampung Lamir ke Kampung Pahang Tua, dekat sini diingatkan supaya memandu secara berhemah sebagai langkah keselamatan. Adun Peramu, Datuk Sh Mohmed Puzi Sh Ali (foto) berkata, keadaan laluan tersebut yang sempit berisiko mengakibatkan kemalangan berikutan sikap pemandu lori muatan alat binaan yang memecut laju kenderaan tanpa memikirkan keselamatan orang lain. “Laluan tersebut menjadi tumpuan ramai khususnya kanak-kanak yang pergi dan pulang dari sekolah dengan berjalan kaki. “Pemandu lori yang masih degil perlu dikenakan tindakan tegas kerana sikap mereka yang tidak bertanggungjawab itu boleh mendatangkan kemudaratan kepada orang lain,” katanya. Sinar Harian 3 Januari lalu melaporkan sikap pemandu lori muatan pasir dan batu di laluan itu tidak disenangi penduduk kerana berisiko akibatkan kemalangan. Penduduk gesa pemandu mematuhi had laju ditetapkan dan meminta pihak berkaitan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu tidak mematuhi peraturan lalu-lintas. #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Isu yg dah lapuk.. org ramai dah lama bising.. ada sibuk nak layan? Lori bijih besi/amang merosakkan jalan dan membahayakan org lain dah lama disebut. Jalan pecah-pecah berlubang boleh menyebabkan kemalangan kpd kenderaan kecil spt kereta dan motosikal. Ada ke depa peduli? YG KAYA menindas YG SUSAH.

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]