Pages

Bera: Pemandu Lori Tersepit, Berlanggar Dengan Bas


BERA - Pemandu lori yang membawa muatan roti cedera di kaki kanan apabila lorinya bertembung dengan sebuah bas henti-henti di Kilometer 28, dekat simpang Kampung Menteri, Triang. Mangsa yang berusia 30-an itu berjaya dikeluarkan anggota bomba selepas tersepit hampir 15 minit selepas kejadian berlaku. Bagaimanapun, pemandu dan kelindan bas termasuk 10 penumpang di dalam bas itu tidak mengalami sebarang kecederaan. Menurut seorang saksi yang dikenali sebagai Zali memberitahu, pemandu lori terbabit gagal mengawal kenderaan apabila salah satu tayar di bahagian hadapan meletup secara tiba-tiba. “Kejadian berlaku betul-betul di bahagian selekoh jalan, dan masing-masing cuba mengelak tapi tidak dapat berbuat apa-apa. “Mangsa (pemandu lori) pula dipercayai patah di bahagian paha kanannya akibat tersepit,” katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Suprintendan Zakaria Yusof mengesahkan kejadian itu. Menurutnya, kejadian itu berlaku kira-kira jam 4.25 petang, dan pemandu lori berkenaan dihantar ke Klinik Kesihatan Triang untuk rawatan susulan. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]