SELAMAT DATANG KE PORTAL RAKYAT PAHANG DAILY ONLINE

Kabel Telekom Malaysia (TM) Kena Curi Di Mentakab !


MENTAKAB - Kabel milik Telekom Malaysia di Jalan Semantan 8 berhampiran sebuah pusat servis kenderaan di dekat Taman Seri Semantan di sini dicuri, kelmarin. Kejadian menyebabkan beberapa talian telefon tetap dan sambungan internet ke beberapa premis di kawasan itu terputus dan beberapa peniaga di situ tidak dapat menggunakan perkhidmatan internet. Seorang peniaga yang dikenali sebagai Hew, berkata, kejadian jam 10 malam itu adalah kali pertama berlaku di kawasan itu. Menurutnya, seorang pekerjanya memberitahu terlihat kabel TM di hadapan premisnya putus dipercayai dikerat pencuri. “Pagi tadi apabila masuk kerja saya lihat kabel TM sepanjang kira-kira 40 meter telah hilang sebelum membuat laporan kepada pihak berkuasa TM,” katanya. Sementara itu, buruh warga Indonesia dikenali Sahwan 30, yang tinggal di rumah kongsi berhampiran tempat kejadian berkata, dia mendengar panggilan jirannya malam kejadian yang mengatakan kabel itu telah jatuh dari tiangnya. “Apabila keluar saya lihat kabel milik Telekom Malaysia (TM) sepanjang kira-kira 40 meter sudah hilang dilarikan penjenayah sebelum memaklumkannya kepada majikan,” katanya lagi. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]