Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Kedai "Ikan Murah Pertama Malaysia" Di Buka Di Bera


BERA - Untuk mendapatkan ikan sungai seperti patin dan baung yang segar dengan harga berpatutan bukanlah perkara yang sukar bagi penduduk di daerah ini yang terletak berhampiran Sungai Pahang. Malah kekayaan khazanah sungai itu telah menarik minat penduduk luar untuk datang ke daerah tersebut sama ada untuk membeli ikan segar atau singgah menjamu selera sajian ikan sungai di restoran-restoran yang ada. Namun lain pula ceritanya untuk mendapatkan ikan laut segar. Ia bukanlah semudah mendapatkan ikan sungai memandangkan daerah itu terletak di tengah negeri Pahang. Kebanyakan ikan laut yang dipasarkan di daerah ini biasanya dibawa dari Kuala Rompin dan Selangor yang memakan masa perjalanan lebih dua jam. Apatah lagi jika tiba musim tengkujuh ikan segar bukan sahaja agak berkurangan malahan dijual dengan harga yang agak mahal sehingga membebankan pengguna. Namun kewujudan Kedai Ikan Murah di daerah itu telah memberi rahmat kepada penduduk di daerah berkenaan yang kini boleh mendapatkan ikan segar dengan harga berpatutan. Kedai Ikan Murah pertama  ini yang terletak di Kerayong di sini itu telah dirasmikan oleh Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini. #selanjutnya

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]