SELAMAT DATANG KE PORTAL RAKYAT PAHANG DAILY ONLINE

Ops Harga Di Raub, Enam Peniaga Telah Di Kompaun !


RAUB - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Raub mengesan 15 kesalahan dilakukan peniaga sepanjang pemeriksaan Ops Harga bermula 2 Januari hingga 17 Januari lalu. Ketua Cawangan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Raub, Hanafi Mamat berkata, enam daripada peniaga terbabit dikenakan kompaun di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencaturan dan satu kes di bawah Akta Kawalan Bekalan, manakala lain-lain diberikan amaran. “Sebanyak RM2,800 kompaun dikenakan ke atas peniaga terbabit manakala barang dirampas bernilai RM1,500. “Peniaga terbabit didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencaturan dan Akta Timbang Sukat 2012,” katanya. Beliau berkata, sebanyak 703 premis diperiksa membabitkan 10 anggota penguatkuasa dan pegawai pemantau harga PPDNKK. Bagaimanapun lawatan dan pemeriksaan yang dibuat di 40 premis Pasar Besar Raub, Isnin lalu mendapati semua peniaga di Pasar Besar Raub mematuhi arahan, justeru tiada kompaun dan surat amaran dikeluarkan. “Tinjauan dan pemeriksaan diadakan bagi mengenal pasti peniaga yang melanggar arahan selain menaikkan harga barangan terutama ketika musim perayaan,” katanya. Beliau dalam pada itu turut menasihati peniaga agar tidak menaikkan harga barang sesuka hati selain meletakkan tanda harga barangan itu. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]