Pages

PAS: Baiki Segera "Jalan Runtuh" Di Sg.Tekam Getah !


JERANTUT - PAS menggesa pihak bertanggungjawab segera membaiki jalan runtuh di laluan jalan utama Jerantut - Maran, dekat Felda Sungai Tekam Getah yang sudah dua bulan dibiarkan akibat kejadian banjir penghujung tahun lalu. Runtuhan sedalam 10 meter di jalan utama itu menyebabkan gangguan dan kesukaran lebih 3,000 penduduk tanah rancangan berkenaan dan perkampungan sekitar berulang-alik menggunakan jalan berkenaan saban hari, selain mengancam nyawa mereka. Yang Dipertua PAS Kawasan Jerantut Yohanis Ahmad (foto) berkata, jalan tersebut mula terhakis dan runtuh apabila berlaku banjir pada awal Disember lalu, namun sehingga ke hari ini masih belum ada sebarang kerja-kerja pemulihan. “Pengguna tidak ada alternatif lain selain daripada menggunakan jalan ini untuk pergi bekerja, ke bandar Jerantut atau Jengka dan memunggah hasil pertanian sawit, getah dan lain-lain dibawa ke kilang Jengka 8 dan Kota Gelanggi. “Masalahnya jalan ini mengancam nyawa mereka. PAS kesal kerana setakat hari tidak ada apa-apa perkembangan langsung. Lambatnya wakil rakyat dan JKR untuk selesaikan masalah ini, tidak seperti janji pilihan raya lalu,” katanya. #selanjutnya

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]