SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAF ZAHIR BATIN DARIPADA KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE

Penjenayah Lari Di Kejar Dengan Penyapu Di Kuantan


KUANTAN - Satu keluarga di Rumah Pangsa Taman Galing, Lorong Sri Kuantan 65 dekat sini berhadapan detik cemas apabila mereka didatangi dua ‘tetamu’ tidak diundang yang bertanyakan nama jalan. Menantu mangsa yang dikenali sebagai Khor, 34, berkata, ketika kejadian, dia bersama dua kanak-kanak yang dijaganya berusia satu setengah tahun dan tujuh tahun di dalam bilik. Menurutnya, dia dimaklumkan dua lelaki terbabit datang menemui bapa mertuanya berusia 68 tahun yang baru meletakkan kenderaan di kawasan parkir selepas pulang dari minum di sebuah kedai makan. Katanya, sebaik sahaja keluar dari kereta, dua lelaki terbabit bertanyakan arah jalan sebelum menolak bapa mertuanya masuk ke dalam rumah selepas pintu pagar rumah dibuka. “Salah seorang dari mereka mengeluarkan pistol dan mengacukan ke dahi bapa mertua saya tetapi tindakan menyebabkan dia menjerit meminta tolong. Wanita itu berkata, terkejut dengan jeritan itu, ibu mertuanya berusia 56 tahun yang berada di ruang lain dalam rumah itu keluar untuk melihat kejadian yang berlaku. “Ibu mertua yang terkejut dengan pistol diacu di dahi bapa mertua saya terus menjerit dengan sekuat hati menyebabkan dua lelaki berkenaan tiba-tiba hilang kawalan dan terus berlari keluar dari rumah. Mendengar bunyi bising, katanya, dia menjenguk keluar dari bilik dan telah mendapati ibunya sedang mengejar dua lelaki itu dengan penyapu yang lari tinggalkan kereta diperkarangan rumah pangsa tersebut. #selanjutnya

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]