Pages

Bangunan Lama JPJ Kini Menjadi Port Penagih Dadah


KUANTAN - Bangunan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuantan lama, di Jalan Dato’ Bahaman, di sini yang sudah dibiarkan kosong sejak lebih setahun lalu didakwa menjadi port melepas gian penagih dadah dan aktiviti tidak bermoral. Hasil tinjauan ADUN Teruntum, Sim Chon Siang ke lokasi berkenaan mendapati bangunan itu ditinggalkan dalam keadaan terbiar dan terdapat kesan berlakunya aktiviti tidak sihat di dalam bangunan. Chon Siang berkata, persoalannya ialah siapa atau pihak mana sewajarnya bertanggungjawab menguruskan bangunan tinggal berkenaan. Menurutnya, jika dibiarkan berterusan ia dikhuatiri menimbulkan lebih banyak aktiviti negatif di bangunan itu. “Kita tidak tahu sama ada bangunan ini adalah di bawah kerajaan atau agensi swasta tetapi yang harus dipentingkan ialah keselamatan dan kebersihan. “Bangunan ini tidak harus dibiarkan terbengkalai begini sahaja tanpa apa-apa tindakan kerana ia bakal mengundang lebih banyak masalah. “Kita dapati masih banyak bahan atau barangan berharga belum dipindahkan dan dikhuatiri akan dicuri pihak tidak bertanggungjawab. “Bahkan kita menjumpai sisa tin cecair gam dan bahan terlarang lain di dalam bangunan ini serta keadaan ini amat membimbangkan,” katanya kepada media. Katanya, pihaknya akan panjangkan masalah ini kepada Majlis Perbandaran Kuantan (MPK), JPOJ Kuantan dan Jabatan Kesihatan bagi memastikan siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab. “Jika ia masih di bawah seliaan kerajaan, tindakan drastik harus diambil, manakala jika sudah diserahkan kepada swasta langkah sewajarnya juga perlu dilakukan,” kata beliau lagi. #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

tanah kerajaan negeri tu....

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]