SALAM MAULIDURRASUL KEPADA PEMBACA PDO YANG BERAGAMA ISLAM| JIKA ADA ISU RAKYAT INGIN DISIARKAN, BOLEH EMAIL KE PAHANGDAILY@YAHOO.COM | JANGAN LUPA LIKE, FOLLOW N SHARE PAHANG DAILY ONLINE DI FACEBOOK # INSTAGRAM # TWITTER

Kemalangan Di Maran, Proton Wira Hampir Putus Dua


MARAN - Seorang pembantu kedai makan maut apabila kereta dipandu terbabas merempuh tiang elektrik di laluan Kuantan-Maran dekat persimpangan Felda Kampung New Zealand, semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa Che Rohayu Mat Rahim, 29, yang beralamat di Kampung Berkat Maran meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala. Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintendan Sulaiman A Hamid berkata, mangsa yang memandu sendirian dikatakan dalam perjalanan pulang dari Pekan Sri Jaya ke Kampung Luit, dekat sini. Menurutnya, kurang lima kilometer dari tempat dituju, mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan selepas melalui lokasi bersekolah itu. “Kenderaan jenis Proton Wira itu terbabas ke kiri jalan dan terbalik sebelum merempuh sebatang tiang elektrik di bahu jalan. “Rempuhan kuat mengakibatkan tiang elektrik berkenaan patah dan mangsa terhimpit rapat ke bumbung kenderaan. “Mangsa parah di bahagian kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Jengka untuk bedah siasat,” katanya. Jenazah Allahyarhamah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Luit. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]