Pages

Kerajaan Negeri Pahang Sedia Bantu Maahad Tahfiz Terbakar


KUANTAN - Kerajaan negeri sedia membantu sekali gus menyalurkan bantuan kewangan kepada Maahad Tahfiz Muhammadi, Bukit Rangin, dekat sini, yang terlibat dalam kejadian kebakaran 14 Februari lepas, sehingga menyebabkannya kerugian kira-kira RM400,000.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah dan Tugas-Tugas Khas negeri, Datuk Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, jumlah sumbangan kewangan yang masih dalam pertimbangan itu bertujuan membantu mengurangkan beban mereka berikutan kemusnahan bangunan melibatkan dua asrama, kelas, pejabat dan surau.

“Kita dipihak kerajaan negeri rasa dukacita dengan apa yang berlaku ini dan Insya-ALLAH akan beri bantuan bagi kurangkan bebanan penghuni di sini.

“Walaupun masih belum diputuskan dan dalam pertimbangan tetapi kita tetap akan memberikan bantuan yang termampu terutama daripada segi kewangan,” katanya ditemui pemberita selepas melawat maahad itu,  semalam.

Turut hadir dalam lawatan itu dua pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Majlis Belia Negeri Pahang (MBNP) dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS).

Dalam pada itu, menurutnya, kerajaan negeri akan melakukan yang terbaik bagi memastikan kesemua 17 anak yatim di maahad berkenaan terbela dan dapat meneruskan pengajian mereka.

“Saya berharap anak-anak yatim ini terus belajar, apa yang berlaku ini perlu dijadikan sebagai motivasi, teruskan belajar al-Quran dan beramal dengan apa yang dipelajari,” katanya.

Sementara itu, dalam lawatan itu, Syed Ibrahim turut menyampaikan sumbangan berupa 20 naskhah al-Quran, papan rehal dan alat bantuan mengajar yang disampaikan kepada pengetua maahad tersebut, Tengku Muhammad Tengku Jaafar. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]