Pages

Kerani Jabatan Agama Islam Pahang Di Dakwa Rasuah


KUANTAN - Tiga individu termasuk kakitangan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bersama seorang wanita tempatan dan lelaki warga Pakistan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kuantan di sini semalam bagi menghadapi tiga tuduhan berasingan membabitkan rasuah dan dakwaan kemukakan borang kebenaran kahwin palsu. Tertuduh, Syed Firman Mohsin Syed Effendy, 30 dan Hazida Othman, 30 mengaku tidak bersalah atas tuduhan masing-masing bagaimanapun kes babitkan warga Pakistan, Umar Rahman Said Rahman akan disebut semula 26 Februari depan untuk lantikan juru bahasa. Syed Firman yang bertugas sebagai kerani di pejabat Jaip di sini dituduh meminta dan menerima suapan daripada seorang warga asing sebagai dorongan tidak menangkap lelaki tersebut selain bersetuju mengurus permit kerja seorang wanita yang dipercayai kedua-duanya mempunyai kaitan. Bagi tuduhan pertama, tertuduh didakwa meminta suapan RM6,000 daripada mangsa melalui panggilan telefon di sini kira-kira jam 5.15 petang, 23 April tahun lalu. Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh bersetuju untuk menerima suapan RM500 daripada mangsa berhubung perkara sama. Dia didakwa melakukan kesalahan itu kira-kira jam 2.30 petang di Kampung Razali, Batu 4, jalan Gambang dekat sini, 27 April 2013. Bagi kedua-dua tuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang paling tinggi. Tertuduh yang diwakili peguam, Sayed Azimal Amir Syed Abu Bakar ditawarkan jaminan RM7,000 bagaimanapun jumlah itu dikurangkan kepada RM5,000 bagi kedua-dua pertuduhan. Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes itu 26 Februari depan. Sementara itu, dalam mahkamah sama, Hazida dan Umar Rahman dituduh menipu dan bersubahat mengemukakan borang permohonan kebenaran berkahwin atas nama seorang wanita yang diketahui palsu. Dokumen itu diserahkan Hazida kepada pejabat Jaip di sini, 4 Mac tahun lalu dipercayai bagi tujuan memperdaya agensi agama itu meluluskan perkahwinan yang diaturkan. Manakala Umar Rahman dituduh bersubahat dengan Hazida di tempat, masa dan tarikh yang sama. Kedua-dua mereka dituduh ikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum ikut Seksyen 465 akta sama. Jika sabit kesalahan, tertuduh berdepan penjara dua tahun atau didenda atau pun kedua-duanya sekali. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]