Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO) | Nak Iklan Bisnes Anda, Sila Klik Menu Hubungi Di Atas

RM5 Juta Peruntukan Membina jambatan Kekal Di Lanchang


TEMERLOH - Sebanyak RM5 juta diperuntukkan bagi membina sebuah jambatan kekal di Sungai Semantan yang akan memberi manfaat kepada lebih 3,000 penduduk di beberapa kampung di Lanchang dekat sini. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lanchang, Datuk Mohd. Sharkar Samsudin berkata, jambatan kekal pertama di kawasan itu akan dibina dalam tempoh terdekat di kawasan Kampung Kuala Kaung di sini.

"Ini adalah sebahagian daripada janji saya kepada masyarakat di daerah ini pada pilihan raya umum lalu yang akan dilaksanakan demi kebajikan dan keselesaan penduduk.
"Pada masa ini peruntukan telah diluluskan dan kita hanya melalui beberapa proses sebelum tender dikeluarkan dalam tempoh terdekat," katanya ketika ditemui selepas meninjau kerja membaiki jambatan gantung di Kampung Dala di sini kelmarin.

Kira-kira RM20,000 diperuntukkan bagi membaiki jambatan gantung berusia kira-kira 20 tahun yang menjadi laluan utama penduduk setempat ke ladang dan kebun bersebelahan sungai berkenaan.

Menurut Mohd. Sharkar, pembinaan jambatan kekal akan membolehkan kenderaan masuk ke seberang sungai berkenaan sekali gus memudahkan lagi aktiviti memasarkan hasil pertanian penduduk setempat.

Katanya, pembinaan jambatan berkenaan juga secara tidak langsung akan dapat memajukan lagi kawasan berkenaan dan meningkatkan nilai tanah penduduk setempat.
"Kita juga berharap dengan wujudnya jambatan ini akan mewujudkan penempatan baharu di kawasan seberang sungai yang pada masa ini hanya dipenuhi ladang dan kebun penduduk kampung," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan negeri akan terus memastikan kebajikan penduduk di kawasan tersebut sentiasa terbela dengan terus memajukan kawasan berkenaan.
Justeru, beliau berharap penduduk di kawasan berkenaan akan terus memberi sokongan padu kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) yang terbukti mampu membela nasib rakyat. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]