Waktu Solat Di Kuantan : Imsak: 5:51 AM Subuh: 6:01 AM Syuruk: 7:17 AM Zohor: 1:22 PM Asar: 4:34 PM Maghrib: 7:23 PM Isyak: 8:32 PM
061114 Sertai Bisnes100.com, Cepat..Projek Buat Duit Terhebat !! DISINI
Lazada Philippines
PAHANG DAILY ONLINE (PDO) MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PEMBACA YANG TERUS MENYOKONG BLOG INI


March 14, 2014

MH370: USS Kidd Tiba Di Barat Laut Selat Melaka Hari Ini


KUALA LUMPUR  - Armada Ketujuh Tentera Laut Amerika Syarikat USS Kidd tiba di bahagian barat laut Selat Melaka lewat tengah hari tadi bagi membantu usaha mencari pesawat MH370.

Kedutaan Amerika Syarikat di sini menyatakan pada masa ini, belum ada maklumat terperinci mengenai tugasan USS Kid di Selat Melaka.

"Hari ini tiada aktiviti penting untuk dilaporkan dalam usaha mencari dan menyelamat penerbangan MH370, dengan kami mengalihkan tumpuan kami dari Teluk Thailand ke bahagian barat laut Selat Melaka," kata kedutaan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya pesawat peninjau maritim Amerika Syarikat, P-8A Poseidon, dijadual tiba di kawasan itu esok untuk membantu usaha mencari itu.

"(Pesawat) P-3C Orion menamatkan cariannya hari ini di bahagian barat laut Selat Melaka di mana ia terbang kira-kira 1,000 batu barat dengan tiada apa yang penting untuk dilaporkan," kata kedutaan itu. - Bernama

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:


[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]

web page counter