SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAF ZAHIR BATIN DARIPADA KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE

Pemandu Nyaris Maut Lori Sarat Pasir Terbalik Di Kuantan !


KUANTAN - Seorang pemandu lori nyaris maut apabila lori sarat muatan pasir yang dipandunya terbabas sebelum terbalik di susur bulatan Indera  Mahkota 15, di sini , petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, pemandu terbabit berusia lewat 20-an bernasib baik apabila dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan di paha walaupun lori dipandunya rosak teruk termasuk tercabut kedua-dua tayar hadapan.

Lori terbabit dipercayai dari Sungai Lembing  menuju ke sebuah pusat membancuh simen di Indera Mahkota.

Ketika menuruni laluan berbukit , pemandunya dipercayai cuba mengelak sebuah kenderaan lain menyebabkan lorinya  hilang kawalan lalu terbabas ke kawasan lapang di tepi bulatan.

Lori terbabit menggelungsur sebelum melanggar tebing parit menyebabkan ianya melambung sebelum terbalik.

Akibat hentakan kuat, kedua-dua tayar hadapannya tercabut.

Pemandu yang terselamat dibawa ke sebuah klinik untuk menerima rawatan. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]