SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAF ZAHIR BATIN DARIPADA KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE

Pesara Tentera Rugi RM3,000, Rumahnya Di Pecah Masuk !


ENDAU - Seorang pesara tentera berpangkat Pegawai Waran 1, Abd Latif Yaacob, 64, mengalami kerugian kira-kira RM3,000 apabila rumahnya di Kampung Teriang Kecil, Endau, di sini, di pecah masuk baru-baru ini.

Ketika kejadian, beliau yang juga merupakan Timbalan Pengerusi Persatuan Bekas Tentera Daerah Mersing (PBTDM) bersama isterinya, Zaiton Daud, 58, tiada di rumah kerana sedang bercuti selama seminggu di rumah anaknya di Kuala Lumpur selain menguruskan hal-hal berkaitan persatuan.

Kejadian itu disedari oleh adik iparnya, Abdul Jalal,47, dan Norman Daud, 51, yang melakukan pemeriksaan di rumahnya kira-kira jam 10.30 pagi kelmarin sebaik dimaklumkan penduduk yang curi ga dengan keadaan rumahnya itu.

“Sebaik dimaklumkan rumah saya telah di pecah masuk oleh adik ipar, saya terus bergegas pulang dari Kuala Lumpur untuk melihat keadaan rumah. Hasil pemeriksaan mendapati  rumah dalam keadaan berselerak dan terdapat kesan umpil pada jeriji besi di bilik tidur bahagian belakang.

“Saya anggarkan kerugian kira-kira RM3,000 apabila sebuah televisyen LCD, sebuah mesin rumput galas, periuk kukus elektrik dan pam enjin racun (power spray) dicuri,” katanya yang bersyukur kerana bernasib baik disebabkan kejadian itu disedari jiran-jiran.

Menurutnya, ada kemungkinan jika tiada siapa yang menyedari rumahnya telah di pecah masuk, mereka (pencuri) mungkin berhasrat mengulangi perbuatan tersebut kerana masih ada barang berharga yang tidak diambil.

“Saya benar-benar tidak sangka kejadian seperti ini akan menimpa saya dan saya kini sudah berasa bimbang serta  berwaspada untuk meninggalkan rumah dalam tempoh masa yang lama,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Zulkepli Hashim, berkata, pihaknya sudah menerima laporan kejadian dan kes masih disiasat.

“Polis sudah mengenal pasti suspek dan usaha untuk menahan penjenayah tersebut sedang giat dijalankan,” katanya sambil meminta orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]