Pages

Lelaki Kecewa, Makan Laksa Berkuahkan Tisu Di Temerloh


TEMERLOH - Hasrat seorang lelaki untuk sarapan pagi bersama ibu di rumahnya di Taman Bahagia, dekat sini terbantut apabila nyaris termakan laksa berkuahkan tisu.

Mangsa seorang kakitangan kerajaan berusia 38 tahun yang enggan dikenali berkata, laksa itu dibeli di Pekan Sehari Temerloh jam 10 pagi semalam daripada seorang penjual yang biasa dibelinya.

Menurutnya, dia membeli tujuh bungkus laksa itu dan dibawa pulang untuk bersarapan pagi bersama keluarga termasuk ibunya di rumah.

“Saya memang biasa beli di situ, sebelum ni memang tak syak apa-apa, kami makan macam biasa, pagi tadi (semalam) baru makan dengan emak, emak yang perasan.

“Emak gaulkan isi kuah, lepas tu nampak kuah laksa itu lain macam, bila basuh nampak jelas ada tisu,” katanya.

Lelaki terbabit berkata, selera mereka sekeluarga terbantut susulan penemuan tisu dalam kuah laksa itu.

“Kalau kuah laksa itu ikan memang tak akan jadi macam itu, bila dibasuh baru lihat gumpalan tisu pada kuah.

“Lepas itu kami semua terus tak lalu makan, buang saja semua tujuh bungkus yang dibeli,” katanya.

Menurutnya, tisu itu mungkin sengaja digaul bersama kuah ikan supaya kelihatan lebih pekat atau mungkin juga peniaga itu tidak perasan tisu itu termasuk ke dalam kuah laksa. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]