Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

PM Seoul Di Baling Botol Oleh Keluarga Mangsa Feri Karam


JINDO (Korea Selatan): Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong Won dibaling botol air oleh ahli keluarga mangsa tragedi feri karam yang tidak dapat mengawal emosi selepas 287 penumpang dilaporkan masih hilang, semalam.

Menurut laporan AFP, media tempatan melaporkan, sekurang-kurangnya sembilan termasuk lima pelajar sekolah tinggi disahkan maut manakala 179 penumpang berjaya diselamatkan dalam tempoh 48 jam.     

Ketika ini, seramai 555 penyelamat dibantu 20 pesawat dan helikopter serta 169 kapal penyelamat dikerah untuk menyertai operasi mencari dan menyelamat (Sar) di perairan Korea Selatan tersebut.

Kelmarin, Menteri Keselamatan dan Pentadbiran, Kang Byung-kyu memaklumkan, usaha mencari mangsa hilang tergendala berikutan arus kuat selain jarak penglihatan terhad.

Angka kematian dijangka meningkat berikutan ramai mangsa masih terperangkap  dalam feri Sewol berkenaan yang dilaporkan tenggelam di Pulau Jindo, barat daya Semenanjung Korea, kelmarin.

Difahamkan, kira-kira 70 peratus daripada 475 penumpang feri tersebut adalah pelajar sekolah yang mengikuti lawatan sambil belajar selama empat hari bersama 15 guru ke pulau peranginan Jeju.  

Menurut pengawal pantai, mereka menerima panggilan kecemasan pertama dari salah seorang penumpang pada jam 8.52 pagi (waktu tempatan) dan feri terbabit didakwa berada dalam keadaan condong selama dua jam setengah sebelum ia tenggelam. #sumber

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]