SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI, MAF ZAHIR BATIN DARIPADA KREW PENERBITAN PAHANG DAILY ONLINE

Kedai Tayar & Servis Kenderaan Terbakar Di Jalan Beserah


KUANTAN - Sebuah kedai tayar dan servis membaiki kereta di Jalan Beserah, Kuantan musnah dalam kebakaran kira-kira jam 10 malam tadi. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Wan Mohd Nazlis Wan Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan orang awam yang memaklumkan perkara itu kira-kira jam 10.07 malam.



Bomba mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengawal kebakaran dari merebak ke stesen minyak dan lot kedai terletak bersebelahan kedai tayar berkenaan. Empat jentera dengan kekuatan 32 anggota dari tiga Balai Bomba di Kuantan, Taman Tas dan Indera Mahkota dikerah ke tempat kejadian. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Punca kejadian masih dalam siasatan. Kerugian di anggarkan bernilai RM1 juta. PDO

0 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]