Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Azizah "Bukti Dapat Sokongan", Gesa Khalid Letak Jawatan


SUBANG: 30 ADUN Pakatan Rakyat menyatakan sokongan kepada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baru.
Menurut Wan Azizah pentadbiran Selangor perlu dikembalikan kepada Pakatan Rakyat seperti yang dimandatkan oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum Ke 13 yang lalu.
Jelas Adun Kajang itu lagi, sokongan mereka dinyatakan secara bertulis dalam Akuan Bersumpah yang ditandatangani oleh kesemua 30 ADUN berkenaan, selain mereka hadir sendiri pada hari ini untuk menyatakan sokongan.
“Dengan perkembangan ini, kami yang hadir mengesahkan bahawa kami mempunyai majoriti dalam Dewan Negeri, sekurang-kurangnya sebanyak empat orang ahli berbanding seorang ahli bebas, 12 ahli dari Umno dan 13 ahli dari PAS yang masih belum menyatakan sokongan terbuka.
“Oleh yang demikian, saya telah mengutuskan satu surat kepada DYMM Tuanku Sultan Selangor pada jam 11.30 pagi ini untuk memohon menghadap dan mempersembahkan sokongan majoriti untuk perkenaan DYMM Tuanku seperti yang diperuntukkkan dalam Undang-Undang Tubuh Negeri,” tegasnya pada sidang media tergempar di Empire Hotel Subang.
Wan Azizah juga  memohon untuk mendapatkan pandangan DYMM Tuanku Sultan Selangor sekiranya ada keperluan bagi YB Speaker memanggil sidang Dewan Negeri Selangor untuk memuktamadkan proses pertukaran YAB Menteri Besar.
Sehubungan itu, Wan Azizah menasihatkan Khalid supaya menghormati undang-undang dan prinsip demokrasi dengan segera meletakkan jawatan kerana beliau telah hilang sokongan majoriti.
“Beliau seharusnya memudahkan proses peralihan kuasa secara tertib dan tidak membuat sebarang keputusan dasar atau pentadbiran setelah sah kini dengan terbatalnya keabsahan (legitimacy) beliau sebagai menteri besar.
“Keutamaan saya ialah mengembalikan pentadbiran Kerajaan Selangor kepada Pakatan Rakyat agar segala perancangan dan dasar Pakatan Rakyat dapat dilaksanakan dengan cepat dan berkesan seperti mandat yang diberikan rakyat.
“Oleh yang demikian, saya menyeru supaya rakan-rakan ahli Dewan Negeri dari Pakatan Rakyat yang lain yang belum membuat penyataan sokongan terbuka mempertimbangkan keperluan mendesak ini untuk mengembalikan urusan pentadbiran Kerajaan Selangor seperti biasa.
“Saya juga memuji kesabaran rakyat Selangor dalam menghadapi perkembangan politik mutakhir ini dan menasihati orang ramai agar terus bertenang sementara menunggu ia diselesaikan secara baik melalui jalan perundangan mengikut Undang-undang Tubuh Negeri,” tegas Wan Azizah. #sumber

4 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

soal siapa MB Selangor sampai ke tahun 2018 sudah selesai diputuskan.

harap bersabarlah ye. 2018 itu tidaklah jauh sangat.

Anonymous said...

Kenapa Wan Azizah yg di calonkan sedangkan dia bukan berasal dari Selangor...kerusi PAS yg banyak dari PKR kenapa bukan ADUN dari PAS yang perlu diangkat menjadi MB kenapa PKR yg sibuk nak sangat kerusi MB tersebut sedangkan pada pilihanraya yang lalu banyak kerusi PKR yg tumbang..so jgn ingat kalau sebelum ni kerusi PKR yg memerintah nak gulingkan TSKI maka PKR juga yg perlu take over..patut di beri kepada PAS yg mana kerusi mereka yg banyak..Kalau xsanggup adakan saja pilihanraya semula kopom PR kalah teruk..

PemerhatiAnakMuda said...

klu mcm ne cari Pas berpolitik, beri kat dia Selangor ne alamatlah nak serah kat UMNO lps ne mcm kat Kedah, Terengganu dan Perak..Kelantan tu pasal Tok Guru masih ada..silap2 pun terlepas..

Anonymous said...

Lg bagus PAS dari PKR yg kawan makan kawan akhirnya jadi lawan..huru hara di buatnya..Sebelum pilihanraya bukan main puji pentadbiran TSKI bila ada isu terus suruh pecat langsung xnak selidiki terlebih dahulu..Pemimpin yg diktator..xnak dgr arahan terus pecat parti apa ni..zalim..

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]