Selamat Datang Ke Portal Pahang Daily Onlie (PDO)

Khalid Salah Guna Akhbar Selangorkini, Sebar Propaganda


KUALA LUMPUR: Menteri Besar (MB) Selangor tanpa mandat, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah menyalahguna akhbar Selangorkini, lidah rasmi kerajaan negeri untuk menyebarkan propaganda bagi mempertahankan jawatannya.
Adun Damansara Utama, Yeo Bee Yin, Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing) dan Adun Lee Kee Hiong (Kuala Kubu Baru) pada sidang media bersama hari ini berkata, akhbar tersebut turut menyiarkan laporan mempromosi Khalid, sedangkan 30 Adun menyatakan sokongan secara terbuka kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai pengganti beliau.
Antara kandungan dan tajuk-tajuk akhbar dalam keluaran terbaru akhbar Selangorkini dengan 16 muka surat itu antaranya ‘Pentadbiran Kerajaan berjalan terus’, ‘Bukan parti tapi kepentingan rakyat lebih utama’ dan ‘Jawapan pejabat MB kepada dakwaan PKR’.
Yeo Bee Yin dalam kenyataannya berkata, laporan tersebut berat sebelah apabila seolah-olah mengabsahkan pengekalan Khalid sebagai MB, malah menyalahguna Selangorkini untuk memberi penjelasan berhubung isu penjualan tanah Tropicana dan pinjaman Khalid dengan Bank Islam.
“Tidak ada langsung laporan mengenai kenyataan Rafizi (Ahli Parlimen Pandan) berhubung isu tersebut, atau mana-mana laporan yang memetik kenyataan pemimpin DAP dan PKR.
“(Sebaliknya) lima muka surat daripada keluaran terbaru Selangorkini melaporkan bahawa Khalid yang tidak berparti itu boleh memerintah Selangor,” kata Bee Yin.
Beliau turut mengingatkan Communication Corporation Sdn Bhd.(CCSB), syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri Selangor yang bertanggungjawab menerbitkan Selangorkini bahawa Khalid tidak lagi mendapat mandat sebagai Menteri Besar dan agensi itu wajar menghentikan laporan mempromosinya.
“Kami mengingatkan CCSB jika masih lagi menghantar Selangorkini ke pejabat, kami takkan edarkannya lagi. Sebaiknya akan dihantar ke Pusat Kitar Semula. Kami harap ADUN Pakatan Rakyat lain juga akan lakukan perkara yang sama.
“Jangan sebarkan propaganda peribadi Tan Sri Khalid, Menteri Besar tanpa parti di Selangor,” tegas Bee Yin.
Selain menerbit Selangorkini, CCSB turut bertanggungjawab menerbit dan menyelia laman Facebook dan Twitter Media Selangorku, termasuk laman YouTube TVSelangor dalam Bahasa Melayu, Inggeris, Mandarin dan Tamil.
“Selangorkini bukan Khalid yang punya”
Sementara itu ADUN Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran berkata, Menteri Besar tanpa parti itu tidak dihalang untuk membuat penjelasan sama ada di ruangan iklan Facebook atau laman video Youtube, asalkan menggunakan wangnya sendiri.
“Dia ada berjuta-juta ringgit dalam akaunnya bukan? Dia boleh sahaja gunakannya bagi mendapatkan liputan di media online atau lain-lain media untuk membawa pandangannya. Tak ada masalah, asalkan guna duitnya sendiri. Jangan guna duit kerajaan negeri Selangor. Selangorkini diterbit bukan menggunakan wang peribadinya.
“Kita kena kembali kepada prinsip Pakatan Rakyat berhubung kebebasan media. Apa yang dilakukan ini bukannya berdasarkan kepada prinsip kebebasan media
“Kita ada banyak soalan yang mahu ditanya kepada Khalid dan isu ini (salahguna Selangorkini) adalah salah satu daripadanya,” tegas Rajiv. #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Raja Sarimah Raja Alias said...

Apa salahnya? Rakyat selangor ingin tahu penjelasan dr mb selangor yg sah dilantik melalui pru13. Buka ruang seluas2nya utj mb menjelaskn perkara sebenar. Lps ni adun pkr dan dap nak masuk dlm selkini tak pe la. Rakyat boleh menilainya.

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]