1MDB: Hasan, Laporan PAC Di Buat Sebulat Suara


KUALA LUMPUR: Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibuat secara sebulat suara oleh kesemua 14 anggota PAC termasuk Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua.

Pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin berkata jika konsensus jawatankuasa itu memerlukan penilaian terhadap sesuatu dokumen atau mendapatkan kenyataan saksi, beliau sebagai pengerusi akan memastikan ia dilaksanakan.

"Pada peringkat itu, jika terdapat mana-mana anggota jawatankuasa merasakan keperluan untuk memperoleh maklumat lebih terperinci, mereka akan mengutarakannya pada prosiding yang dijalankan di mana objektif utama adalah untuk menyediakan analisis terperinci mengenai transaksi 1MDB untuk dibentangkan kepada Parlimen," katanya dalam kenyataan di sini, Ahad.

Beliau berkata sepanjang prosiding PAC, jawatankuasa itu perlu mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan dalam Peraturan Mesyuarat bagi memastikan siasatan dijalankan secara bebas dan tidak berpihak.

"Kesemua anggota PAC secara konsensus telah menyatakan persetujuan dengan jelas tanpa sebarang paksaan dan keraguan serta dicatatkan melalui minit mengenai prosiding laporan yang disediakan dan hasil siasatannya," jelas Hasan.

Sebelum ini, Pua dilaporkan berkata beliau hanya 80 peratus berpuas hati dengan laporan jawatankuasa itu mengenai 1MDB.

Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP itu juga berkata siasatan PAC terhadap 1MDB menjadi sukar selepas pertukaran pengerusi jawatankuasa berkenaan.

PAC, yang dianggotai Anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dan  pembangkang, mengeluarkan Laporan Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB setebal 106 muka surat itu pada Khamis.

PAC antara lain mengesyorkan pihak berkuasa supaya menyiasat bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak berkaitan dengan pengurusan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu. #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

Anonymous said...

Nampaknye kena buat"perbicaraan" menentukan hassan yg betul atau Tony pua yg betul..Yg betul dan dan paasti hassan kena jelaskan kenapa laporanye tidak ada status pelaboran 1mdb dengan syarikat asing diluar negara.pelaboran ini dalamj umlah yg besar menggunakan dana awam.beliau perlu juga jelaskan dana danpelaboran. Masih wujud atautidak.

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]