pahangdaily pahangdaily Author
Title: 1MDB: Perkasa Gesa Tubuhkan RCI Untuk Siasat !
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
KUALA LUMPUR: Pengerusi Biro Integriti, Anti-Rasuah dan Salahgunakuasa PERKASA, Azrul Akmal Saharudin menggesa agar Suruhanjaya Siasatan...
KUALA LUMPUR: Pengerusi Biro Integriti, Anti-Rasuah dan Salahgunakuasa PERKASA, Azrul Akmal Saharudin menggesa agar Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan bagi menyelesaikan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Menurutnya, sekiranya RCI ditubuhkan, siasatan mengenai kontroversi syarikat milik Kementerian Kewangan itu dapat dijalankan secara menyeluruh.
“Sebab itu Suruhanjaya Siasatan DiRaja perlu ditubuhkan, kerana mereka mempunyai mandat untuk menyiasat dan sesiapa yang terlibat dan laporkan kepada Agong terus,” ujarnya dalam sidang media di Ibu Pejabat Perkasa, semalam.
Katanya lagi, laporan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) juga sudah tidak boleh dipercayai rakyat lagi memandangkan Pengerusi PAC, Datu Hasan Ariffin mengakui laporan itu telah disunting.
“Malu kita apabila laporan PAC tidak lengkap. Orang dah tak terima laporan mereka kerana PAC sendiri sudah kena ‘sunting’,” ujar beliau lagi.
Mengulas lanjut, Azrul juga menyatakan dokumen laporan PAC tidak perlu untuk diletakkan di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) memandangkan ia sudah menjadi kepentingan awam.
“Ada isu yang sepatutnya didedahkan, sebab ia dah jadi kepentingan umum. Kerajaan tidak sepatutnya meletakkan isu ini di bawah OSA.
“Tetapi benda-benda yang melibatkan keselamatan negara, contohnya aset strategik negara seperti lapangan terbang tentera, yang itu tidak perlu didedahkan, pembelian senjata, itu boleh diletakkan di bawah OSA,” ujarnya. #sumber

Advertisement

Post a Comment

Anonymous said... Monday, April 25, 2016 9:08:00 AM

Pengerusi PAC di pilih oleh Najib.dia boleh kuasai PAC..tapi najib gerenti tak akan setuju tubuh RCI..lubang2 akan pecah..makan tuan..

 
Top