pahangdaily pahangdaily Author
Title: Ahli Parlimen Kulai Di Halang Memasuki Sarawak
Author: pahangdaily
Rating 5 of 5 Des:
PETALING JAYA: Ahli Parlimen pembangkang Teo Nie Ching telah dihalang daripada memasuki Sarawak. Ahli Parlimen Rasah Teo Kok Seong (D...

PETALING JAYA: Ahli Parlimen pembangkang Teo Nie Ching telah dihalang daripada memasuki Sarawak.
Ahli Parlimen Rasah Teo Kok Seong (DAP) memberitahu pada Jumaat bahawa ahli Parlimen Kulai itu telah dihantar pulang ke Kuala Lumpur sejurus selepas tiba di Lapangan Terbang Bintulu.
"Dia duduk di depan saya dalam penerbangan yang berlepas dari Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 petang. Sebaik sahaja tiba di Bintulu sekitar jam 7.45 malam, saya menyedari bahawa dia tidak berada di kaunter imigresen, jadi saya anggap dia sudah melepasinya.

"Saya kemudian bertemu wakil rakyat tempatan dan Timbalan Pengerusi DAP Sarawak Chiew Chin Sing. Kami menunggunya di lapangan terbang. Saya menghantar mesej kepadanya, tetapi tidak sampai.

"Tidak lama selepas itu, saya mendapat mesej teks daripada Nie Ching menyatakan bahawa dia berada di pejabat imigresen dan pegawai-pegawai mahu berjumpa saya," katanya.

Katanya, apabila pergi ke pejabat imigresen di lapangan terbang, dia diberitahu bahawa Nie Ching telah dihantar pulang ke Kuala Lumpur melalui penerbangan jam 8.00 malam.

"Saya juga diberitahu bahawa namanya telah disenarai hitam. Entah bagaimana pada kali ini, saya dibenarkan (ke Sarawak)," katanya.

Nie Ching adalah antara beberapa anggota pembangkang yang telah dilarang daripada memasuki negeri ini selain R. Sivarasa, Mohamad Sabu dan Tony Pua. #sumber

Advertisement

Post a Comment

 
Top