Amanah Bukan Lawan PAS, Hanya Pesuruh DAP !

PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (AMANAH) bukan ancaman kepada PAS dalam Pilihan Raya Negeri Ke-11 (PRN-11) Sarawak.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata parti berkenaan ditubuhkan oleh bekas anggota PAS yang disifatkan sebagai pesuruh DAP.
Menurut New Straits Times, Abdul Hadi dilaporkan mendakwa bahawa pengundi di Sarawak juga menyedari keadaan itu.
“Kita tidak melihat AMANAH memberi cabaran kepada PAS dalam pilihan raya yang akan datang. Kebanyakan orang dalam negeri itu terutama yang beragama Islam sedar AMANAH adalah pesuruh DAP,” katanya.
Akhbar harian bahasa Inggeris itu juga melaporkan bahawa Hadi tidak mempunyai perkataan lain bagi menggambarkan AMANAH.
Sebelum ini, PAS mengumumkan 11 calon bagi PRN-11 Sarawak. Antara calonnya ialah, penyanyi popular Iban, Clement Bayang, 59.
Beliau yang juga calon bukan Islam PAS pertama, akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus.
Sementara itu, penganalisis politik, Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata, keputusan PAS mengetengahkan calon bukan Islam dalam PRN-11 Sarawak mungkin tidak akan membantu parti itu.
“Strategi PAS mencalonkan calon bukan Islam tidak akan mengubah trend pengundi Sarawak. Mereka akan melihat parti calon dan bukan calon itu sendiri.
“Lagi pun, parti politik yang berpangkalan di Semenanjung seperti PAS dan pakatan pembangkang yang baharu dibentuk tiada tempat di Sarawak,” katanya. #sumber

1 Komen Skrg, Sila Berikan Komen Anda Di Sini:

lone ranger said...

Datuk Seri Abdul Hadi Awang adalah presiden PARTI ISLAM SEMALAYSIA (PAS).

Mohamad Sabu pula adalah presiden PARTI ISLAM YANG AMANAH (AMANAH)

Pilihlah yang mana ente percaya!!!!!

PERINGATAN: KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP KOMENTAR YANG DI BUAT DALAM BLOG INI. IA ADALAH PANDANGAN PERIBADI PEMILIK AKAUN BERKENAAN DAN TIDAK SEMESTINYA MENGGAMBARKAN PENDIRIAN KAMI. SEGALA RISIKO AKIBAT KOMEN YANG DISIARKAN MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMILIK AKAUN TERBABIT. HARAP MAKLUM ~ ADMIN
[ Klik DI SINI Untuk Belajar Membaca Al-Quran Digital Online ]